suria

Ilmu ukiran kayu, dekorasi kini di hujung jari... check-out webinar MTIB sempena Minggu Agrikomoditi 2021 

Burhan Ashari pemilik syarikat Seni Kayu Warisan salah seorang penceramah bagi segmen Made in Malaysia: Local Furniture Makers & Craftsman.

UKIRAN kayu adalah seni yang cukup sinonim dengan identiti masyarakat Melayu malah ia telah wujud sejak berabad lamanya.

Meskipun dianggap sebagai industri desa, namun ia mempunyai potensi cukup besar kerana dianggarkan terdapat 3,000 spesis sumber kayu di negara ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Menggalakkan penggunaan kayu diperakui dalam bangunan dan pembinaan... usahawan bumiputera diberi lebih banyak peluang

Sehubungan dengan itu, bersempena dengan Minggu Agrikomoditi 2021 (MyKomoditi 2021), sesi Webinar Ukiran Kayu dan Seni Hiasan Dalaman dianjurkan dengan menampilkan pelbagai topik menarik dan penceramah daripada bidang seni rekaan dalaman, pembuatan perabot dan ukiran.

MyKomoditi 2021 merupakan salah satu program bertemu pelanggan di peringkat Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) yang berlangsung antara 25 hingga 29 Oktober 2021.

Lanjutan daripada penganjuran program ini Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) telah mengadakan sesi webinar dengan pelbagai tajuk menarik sepanjang minggu tersebut.

Sesi perkongsian ilmu ini membawakan segmen-segmen hangat masa kini seperti Konsep dan Elemen dalam Seni Rekaan Dalaman dan DIY - Home Decoration serta tidak lupa juga segmen Seni Ukiran Kayu Dalam Senibina Dalaman Melayu.

bs

Kediaman Mardhiah Syazwani, penceramah bagi segmen: DIY Home Decration dengan keluasan 750 kaki persegi menampilkan tema moden dan minimalist.

Segmen lain juga turut menampilkan furniture makers, craftsman dan pengukir hebat tempatan yang menghasilkan sendiri custom made wood product furniture dan produk ukiran kayu mereka sendiri dalam topik Made In Malaysia: Local Furniture Makers & Craftsman.

Webinar Ukiran Kayu dan Seni Hiasan Dalaman ini dianjurkan agar dapat memberi inspirasi, informasi dan ilmu pengetahuan baharu kepada semua peserta webinar mengenai seni hiasan dalaman dan kepentingan kita untuk memartabatkan keunikan dan kesenian ukiran kayu Malaysia bermula dari kita sebagai satu ’Keluarga Malaysia’ sehingga ke seluruh dunia.

MTIB dalam kenyataan kepada mStar berharap webinar ini akan memberi manfaat kepada semua di samping mempromosi dan menyebarkan maklumat berkaitan industri perkayuan, terutamanya bidang hiasan dalaman dan dekorasi serta ukiran kayu agar warisan ini terus kekal berkembang dan lebih diminati.

Untuk maklumat lanjut bagi setiap program yang dianjurkan ini, boleh layari laman web MTIB di atau Facebook MTIB dan juga di mtib.virtualive.tech/.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain