suria

Jangan terkejut... panggil pasangan anda dengan nama manja pets dapat eratkan hubungan!

Kedengaran sedikit 'cringe' dan menggelikan, tetapi panggilan manja seperti ini akan mengindahkan lagi hubungan anda!

APABILA pasangan menyebut nama penuh anda dengan nada yang agak menyeramkan, mesti ada sesuatu yang tidak kena telah terjadi.

Itulah juga yang sering dipertontonkan kepada kita menerusi adegan drama di televisyen antara pasangan, malahan tidak dinafikan ia sudah menjadi sesuatu yang sinonim dengan amalan masyarakat.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan hanya sebab kerengsaan, mata merah petanda gula dalam darah mencanak naik!

Di sini kita boleh lihat bahawa panggilan terhadap pasangan boleh mempengaruhi mood dan menjelaskan banyak perkara terutama dalam hubungan cinta.

Mungkin ada yang menganggap ia sesuatu yang pelik tetapi memanggil pasangan dengan nama manja haiwan peliharaan atau pets bukan sahaja membawa keseronokan dalam hubungan, tetapi ia juga sesuatu untuk mengeratkan hubungan.

iStock-1197711655

Menggunakan nama haiwan kesayangan membolehkan orang dewasa terlibat dalam main peranan dan bebas menunjukkan emosi mereka.

Kedua-dua pasangan berasa seperti mereka diterima sepenuhnya kerana dengan panggilan manja ini membangkitkan rasa cinta, kelembutan dan kasih sayang daripada pasangan anda.

Pernahkah anda memanggil pasangan dengan nama yang unik?

Nama yang hanya akan disebut di hadapan anda berdua, bukan di hadapan orang lain.

Jika jawapan anda ya, bermakna hubungan anda sangat kuat dan penuh persefahaman.

kitty

Sebagai contoh, sesetengah orang akan memanggil pasangan mereka Bunny (arnab), Kitty(anak kucing) atau Bear(beruang) untuk mengeratkan lagi hubungan.

Selain nama comel binatang, ada yang memanggil nama pasangan seperti "Honey" atau "Baby".

Bunyinya seram dan tidak masuk akal bagi sesetengah orang, tetapi panggilan manja seperti ini akan mengeratkan lagi hubungan anda!

bunny

Tetapi nama haiwan yang dipanggil mesti masih ada rasa hormat dan tidak boleh menyinggung perasaan pasangan.

Jika pasangan anda memanggil anda dengan nama yang tidak popular, ini menunjukkan pasangan anda tidak menghormati perasaan anda.

Jangan pula panggil pasangan anda "Babi" atau "Anjir" nanti lain pula jadinya!​​​​

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Pasangan, panggilan manja, haiwan, nama

Artikel Lain