suria

Ibu-ibu jom cuba! Ini cara simpan bawang putih agar tahan lebih lama

Ada cara membuatkan bawang putih bertahan lebih lama.

BAWANG putih adalah salah satu bahan masakan penting dan wajib ada di dapur.

Biasanya, kita akan membeli bawang putih dalam jumlah yang banyak namun tidak ramai tahu cara menyimpannya dengan baik dan akhirnya ia cepat rosak.

ARTIKEL BERKAITAN: Kaedah 'membawang' dapat bantu rawat penyakit di rumah

Personaliti TV terkenal dan cef selebriti, Martha Stewart menjelaskan faktor pengudaran sangat penting bagi memastikan bawang putih bertahan lebih lama.

Martha

Martha berkongsi tip menyimpan bawang putih agar bertahan lebih lama.

Sebaik-baiknya, jangan campurkan bawang putih dan bahan lain dalam bekas sama untuk disimpan dan letakkan di ruang yang mempunyai pengedaran udara yang baik.

Kata Martha, bekas yang diperbuat daripada tanah liat dan kaca adalah paling sesuai menyimpan bawang putih termasuk bekas plastik berjaring dan kantong kain.

Tujuannya adalah bagi mendorong pengedaran udara dan memastikan bawang putih sentiasa kering.

Selain itu, Martha memberitahu jangan kupas bawang putih sebelum digunakan yang akan memberi perlindungan lebih selain mampu membuatkan ia bertahan sehingga enam bulan!

how-to-peel-garlic

Jika disimpan dengan baik, bawang putih boleh bertahan selama 6 bulan.

Tip paling penting katanya, jangan letak bawang putih bersama kentang sebab bawang putih, bawang merah mengeluarkan gas yang dapat mempercepatkan kematangan kentang dan akhirnya menjadi busuk.

Sementara itu, Martha juga berpesan agar menyimpan bawang putih di tempat yang gelap seperti di dalam kabinet. Ini kerana cahaya dan kelembapan boleh mempercepatkan proses pertumbuhan kulat pada bahan itu.

Malah bagi yang mengupas bawang putih, ia hanya boleh bertahan sehingga 10 hari sebelum ia mula bertunas.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain