suria

Betul ke anda lemah atau pemalas kalau tidur siang? Ketahui 5 manfaatnya buat kesihatan diri

Tidur siang bukan sahaja dapat memberikan kesihatan pada tubuh badan malah manfaat kepada kesihatan mental kita.

MENGAMBIL masa untuk tidur sebentar merupakan cara untuk menyegarkan kembali fikiran anda dan menjadikan anda lebih produktif di tengah-tengah kesibukan bekerja atau rutin harian.

Malahan, tempoh tidur yang disyorkan adalah singkat iaitu kira-kira 10 hingga 20 minit untuk orang dewasa dan ini merupakan sunnah Rasulullah yang telah menjadi ikutan masyarakat di barat sejak dahulu lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Awas! Kanser prostat boleh serang dalam diam, kaum lelaki perlu ‘alert’ 11 gejala penyakit ini

Namun begitu, ternyata tidur siang yang lebih lama iaitu 90 minit mempunyai kebaikan tersendiri terutama bagi mereka yang menggunakan tenaga dan minda untuk melakukan tugasan setiap hari.

Kajian telah menunjukkan bahawa tidur memainkan peranan penting dalam menyimpan dan menguatkan daya ingatan.

Napping-Tips

Tidur siang dapat memberi ketenangan dan membantu otak mengingati perkara yang baru dipelajari.

Lima manfaat amalan tidur di siang hari adalah seperti berikut:

1. Membantu anda mengingati perkara yang baru dipelajari pada hari sama seperti tidur semalaman yang penuh.

2. Berfungsi untuk menghalang anda daripada melupakan perkara seperti kemahiran minda, persepsi deria dan ingatan lisan.

3. Ia boleh membantu otak anda menjalin hubungan antara perkara yang anda ketahui.

4. Meningkatkan prestasi terutama sekali jika anda melakukan kerja yang sama berulang kali sepanjang hari. Kajian menunjukkan bahawa tidur siang boleh membantu memastikan anda lebih konsisten dalam melakukan tugasan.

5. Jika anda berasa sedih, cuba tidur sebentar untuk menaikkan semangat anda kerana tidur siang atau hanya berehat selama sejam tanpa tertidur, boleh mencerahkan pandangan anda kepada lebih jelas juga penggalak mood yang lebih baik.

Man working from home with laptop and taking notes

Kita boleh memberi fokus pada tugasan dengan lebih setelah merehatkan otak untuk seketika sepanjang tidur sebentar.

Menurut kajian baru yang diterbitkan dalam jurnal JNeurosci, penyelidik dari Northwestern University, tidur sebentar selama 90 minit membolehkan kita lebih cergas dan tahap tumpuan boleh meningkat.

Para penyelidik menemui penemuan kaedah ini menerusi eksperimen dengan memberi arahan kepada peserta dan mencuba aktiviti sukar seperti bermain permainan komputer dan menggerakkan anak panah pada komputer (kursor) dengan otot lengan tertentu.

Tugasan tersebut dilaksanakan dalam dua keadaan iaitu dengan orang yang tidur tempoh yang disyorkan dan orang tidak tidur.

Para penyelidik menguji peserta dengan meminta mereka menggerakkan kursor ke arah tertentu menggunakan arahan suara.

Selepas diuji berbuat demikian, peserta diminta bermain dengan mata tertutup.

Hasilnya, didapati bahawa tugas itu dilakukan dengan lebih baik oleh mereka yang diminta untuk tidur sebentar selama 90 minit pada permulaan kajian.

Larry Cheng, seorang graduan PhD dari Northwestern University, menyatakan bahawa penemuan itu boleh meningkatkan terapi pemulihan untuk pesakit yang mengalami strok atau mempunyai keadaan neurologi yang lain.

Cheng dan pasukan penyelidiknya dalam satu kenyataan berkata, penemuan menyokong kesimpulan bahawa komponen kemahiran motor badan berasaskan tugasan boleh diaktifkan semula semasa tidur, menghasilkan prestasi yang lebih baik selepas bangun.

Di samping itu, penemuan ini boleh membantu mendedahkan lebih lanjut tentang cara otak kita berfungsi selepas kecederaan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain