suria

Nak bergaya tetapi masih 'blur'? Jom ikut tip mudah cari jaket sesuai untuk anda

Pakaian ini sesuai untuk menambah sentuhan kemasan yang ringkas namun kekal bergaya.

MEMAKAI pakaian yang simple tetapi tetap kelihatan cool dan trendy menjadi idaman ramai orang.

Salah satu caranya adalah dengan memakai jaket sebagai bahagian luar outfit anda.

ARTIKEL BERKAITAN: Nantikan produk inovasi kulit durian, penyelidik Singapura bakal hasilkan pembalut luka

Jaket ini semakin menjadi popular dalam kalangan lelaki yang ingin tampil bergaya dengan memberikan sentuhan kemas pada setiap pakaian.

Selain itu, jaket atau kot juga mudah dipadankan dengan t-shirt, kemeja, dan hoodie bersama bahagian bawah pakaian seperti jeans dan chinos.

Trend penggunaan jaket jurulatih pertama kali popular di Amerika Syarikat.

Pada mulanya, jaket ini dipakai oleh jurulatih besbol dan ragbi, dari peringkat sekolah menengah ke tahap profesional.

Dalam perkembangannya, jaket jurulatih menjadi semakin terkenal dan digabungkan budaya hip hop dan streetware kerana N.W.A (kumpulan Hip Hop Amerika), Wu-Tang Clan, dan Run D.M.C memakai jaket ini.

Ketiga-tiga mereka menyukai gaya jaket jurulatih yang kelihatan seperti pakaian seragam dan ingin mempamerkan minat mereka terhadap sukan kegemaran mereka.

Walaupun masih tidak ramai yang menggunakan jaket atau kot seperti tahun 1990-an, sebenarnya jaket ini masih menjadi pilihan dari segi penampilan kerana materialnya yang ringan, kalis air serta selesa dipakai.

Jika anda ingin menukar pakaian anda untuk tampak kasual dan bergaya, anda mesti memilih jaket atau kot.

Berikut adalah cadangan yang boleh anda cuba:

ezgif.com-gif-maker (1)

1. Saiz jaket

Jaket jenis jeans atau denim memang tidak pernah 'terkubur' dan masih ada peminatnya walaupun sudah banyak jenis jaket baharu di pasaran silih berganti.

Pakaian bahagian luar ini boleh dipadankan dengan t-shirt kosong pelbagai warna atau yang bercorak pada bahagian dalam.

Kalau si pemakai mahu kelihatan sedikit kurus dan kemas, boleh pilih jaket atau kot dengan saiz lebih kecil.

jacket nylon

2. Fabrik

Jaket jurulatih yang diperbuat daripada fabrik poliester dan nilon masih menjadi pilihan utama.

Material kain seperti ini lebih ringan, kalis air, dan tidak panas apabila dipakai.

Sesetengah jenama cuba meningkatkan kualiti bahan utama untuk membuat jaket dengan menciptanya dengan kapas atau bulu berkualiti tinggi.

Namun, jika anda ingin mengekalkan gaya lebih ringkas dan klasik, pilih fabrik nilon yang boleh menambahkan aura keaslian dan rasa ringan.

jacket logo

3. Warna dan logo

Memang tidak dinafikan gabungan warna dan logo dalam satu pakaian menjadi kunci untuk menampakkan penampilan seseorang itu menarik dan berkeyakinan.

Jaket jurulatih penuh dengan aura sporty kerana ia biasanya dihiasi dengan logo pasukan, lambang dan lencana dalam sesuatu perlawanan sukan.

ezgif.com-gif-maker

4. Aksesori

Jika anda ingin melengkapkan penampilan berjaket denim kasual, topi adalah pilihan yang sesuai.

Khususnya, beanie boleh membuat anda kelihatan lebih bergaya dan sesuai untuk penampilan musim sejuk yang santai.

Untuk kelihatan sedikit berbeza, anda boleh memperagakan dengan kaca mata hitam juga.

Selain itu, anda juga boleh meletakkan logo pasukan besbol, kelab kegemaran dalam Liga Bola Sepak Kebangsaan (NFL) atau logo universiti serta persatuan anda.

spec jacket

Pemakaian jaket bersama kaca mata dapat membuatkan anda kelihatan lebih bergaya.

Dunia fesyen lelaki kekal berevolusi dek keperluan jejaka masa kini yang semakin dilihat handal bergaya untuk setiap penampilan.

Penampilan juga bukan sahaja dapat mengubah persepsi terhadap pandangan orang terhadap kita, malah dapat memberikan keyakinan kepada diri kita sendiri untuk berhadapan dengan khalayak.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Fesyen, jaket, demin, style, tips, outfit, bergaya

Artikel Lain