suria

Nak halau tak sampai hati... Ini sebab kenapa si bulus suka ganggu, asyik duduk atas keyboard komputer

Haba dikeluarkan oleh laptop merupakan sebab kenapa kucing anda menyukainya kerana ia membuatkannya selesa.

PEMILIK atau pencinta kucing mesti perasan haiwan peliharaan suka baring dan duduk atas papan kekunci komputer riba (laptop) terutama sekali semasa kita sedang menggunakannya.

Sememangnya pemilik kucing sendiri yang mengeluh dan sering berdepan situasi berkenaan hingga ada kalanya perlu bersabar dengan gelagat si bulus.

ARTIKEL BERKAITAN: 5 tip ini mampu bantu anda berdepan masalah yang timbul semasa musim hujan

Sebenarnya kucing boleh dikatakan haiwan yang tidak suka didekati dan ada ketikanya jika dipanggil, ia kadang-kadang tidak muncul.

Malahan, semakin anda cuba mendekati haiwan ini, semakin ia menjauh.

Namun, apabila anda menggunakan komputer riba atau membaca buku dengan tekun, kucing itu akan tiba-tiba duduk di hadapan anda.

kucing laptop 1

Haba daripada laptop itu membantu dalam mengekalkan suhu thermoneutral kucing.

Kenapa hal ini berlaku?

Jika ada fakta sahih yang mendorong si bulus berperangai sedemikan, ada kemungkinan anda perlu pertimbangkan perkara berikut.

Menurut laman web Treehugger, kucing adalah haiwan yang sukakan suhu panas kerana mereka adalah keturunan haiwan dari padang pasir.

Ini membuatkan kucing senang duduk atau tidur di atas papan kekunci atau komputer riba kerana ia hangat.

Menurut laman web Reader's Digest, pakar perunding tingkah laku kucing Marilyn Krieger berkata, "Banyak kucing duduk di tempat seperti papan kekunci dan komputer riba kerana mereka dekat dengan orang yang mereka selesa dan boleh menjadi tumpuan dan perhatian."

Dalam erti kata lain, kucing merasakan bahawa duduk di hadapan papan kekunci boleh mendapatkan apa yang mereka mahu, dan itulah perhatian.

Selain itu bukan sahaja laptop, tempat-tempat yang tersorok seperti bawah almari, bawah sofa atau dalam selimut juga menjadi kegemaran kucing.

Biasanya, kucing akan melihat anda membaca buku atau menggunakan komputer riba di atas meja.

Kitten on table

Tempat yang tinggi memang digemari kucing kerana sifatnya suka memerhati kawasan sekelilingnya.

Kucing menganggap tempat ini cukup tinggi untuk duduk atau berehat.

Menurut laman web Slate, meja juga boleh menjadi tempat yang baik untuk memerhatikan persekitaran sekeliling.

Ini memudahkan kucing melihat sama ada terdapat potensi bahaya di sekeliling.

Kucing adalah haiwan yang peka kepada bau oleh itu haiwan peliharaan anda sangat mengenali bau pemiliknya.

Komputer riba dan buku yang anda kerap gunakan akan menarik perhatian kucing kerana baunya.

Inilah sebab mengapa kucing sering berada berdekatan dengan objek atau tempat yang sering anda gunakan.

Di samping itu, apa yang perlu dipelajari daripada kucing ialah tabiat menandakan wilayah mereka.

Kucing bukan sahaja membuang air kecil, malah kadangkala menggaru atau mencakar kawasan tersebut atau menggosok badannya pada objek tertentu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain