suria

Bertepuk sebelah tangan... perlukah merayu, tunjuk ‘effort‘ dengan harapan si dia berubah hati?

Jangan diharap cinta orang yang tak sudi.

BERTEPUK sebelah tangan bukan sahaja tidak berbunyi tetapi cukup menyakitkan apabila seseorang yang dicintai tidak merasakan perkara sama.

Namun ada di antara kita tetap berpegang teguh kepada perasaan itu dan berharap agar si dia menyedari dan menerima diri kita seadanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan terkejut... panggil pasangan anda dengan nama manja pets dapat eratkan hubungan!

Ada yang berjaya mengecap bahagia tetapi ada pula tetap memendam rasa kecewa apatah lagi melihat si dia sudah bahagia bersama orang lain.

Pasti ada antara kita yang pernah bersikap begini, bukan? Bertahan pada perasaan cinta tidak berbalas dan mengharapkan si dia akan menyedari tentang perasaan kita.

Namun sedarlah bahawa mengejar cinta orang yang tidak menyayangi kita hanyalah membuang masa.

Berikut adalah alasan mengapa cinta kita bertepuk sebelah tangan serta cara mengejar si dia!

Hubungan

1. Tidak dapat mengubah fikirannya

Jika si dia terang-terangan mengatakan bahawa dia tidak mempunyai sebarang perasaan terhadap kita, tiada gunanya cuba mengubah fikirannya.

Usahalah macam mana pun, pada akhirnya kita tidak akan dapat memilikinya. Apabila si dia memberitahu tidak mempunyai perasaan romantik maka itu adalah keputusan muktamad.

Keputusan itu tidak akan berubah sekali pun kita merayu dan menangis di hadapannya. Sekiranya ia berjaya mengubah hatinya, sedarlah bahawa itu kerana rasa kasihan dan hubungan yang terbina tidak akan kekal lama.

Cinta sejati itu adalah berlandaskan oleh perasaan yang tulus dan bukan paksaan.

2. Menghancurkan harga diri

Cubaan meraih cinta si dia sama sahaja menghancurkan harga diri sendiri. Ia seolah-olah kita mengemis kasih sayang daripada orang lain dan menganggap diri kita kurang baik dan tidak layak untuknya.

Sebaik-baiknya jangan menyakiti diri sendiri dengan berharap akan sesuatu yang bukan milik kita. Hargai diri sendiri dan jangan sesekali melakukan perkara yang mampu merendahkan harga diri sendiri.

how-to-manage-a-complicated-relationship-1_

3. Ada orang lain mencintaimu

Mungkin ada orang lain di luar sana yang berharap dapat memiliki cinta kita. Buat apa mengejar seseorang yang tidak mendambakan diri kita?

Jika si dia sudah tidak berminat, tinggalkan. Teruskan kehidupan. Percayalah, dia bukan untuk kita tetapi ada orang lain lebih layak memiliki cinta kita.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain