suria

Mungkin ramai tak tahu... Ada sebab kenapa perlu buka pintu kereta guna tangan kiri

Tindakan memusingkan badan adalah langkah berjaga-jaga untuk sebarang kemungkinan yang akan datang, termasuk orang yang menunggang basikal dari belakang.

APABILA memandu di jalan raya, sudah tentu anda mesti berhati-hati dan menjaga keselamatan diri dan orang lain.

Jika kita tinggal di kawasan bandar, di mana lebih ramai orang menggunakan jalan raya, sesetengah daripada mereka memandu kurang berhati-hati dan boleh membahayakan nyawa orang lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak perlu lama-lama di bilik air! Ketahui tempoh mandi paling ideal yang disyorkan pakar

Malah kereta yang diletakkan di jalan boleh membahayakan orang lain, terutama penunggang basikal.

Senario yang selalu berlaku apabila oenunggang basikal sering terperangkap di antara kereta dan lalu lintas.

Oleh itu, apabila pintu dibuka, mereka terdedah kepada berlakunya perlanggaran.

Tetapi jangan risau, ada satu jalan penyelesaian yang boleh kita gunakan.

Apabila stereng kereta kita berada di sebelah kanan, gunakan tangan kiri untuk membuka pintu, sebaliknya apabila stereng di sebelah kiri pula sebaik-baiknya gunakan tangan kanan untuk membuka pintu.

Untuk mengetahui mengapa pintu perlu dibuka dengan tangan kiri anda, sila rujuk paparan di bawah.

Fenomena buka pintu apabila penunggang basikal atau penunggang motosikal melanggar pintu kereta yang terbuka secara tiba-tiba, maka lahirlah istilah 'dooring'.

dutch

Kaedah ini direka untuk keselamatan pengguna jalan raya untuk mengurangkan insiden di mana pintu kereta terbuka di laluan penunggang basikal dari hadapan.

Lebih menyedihkan apabila dooring kerap terjadi. Di Amerika Syarikat sahaja, ada lebih dari 250 kes basikal melanggar pintu kereta yang terbuka pada tahun 2015.

Pada masa sama, di New York, sekurang-kurangnya tiga penunggang basikal terbunuh pada 2019 akibat situasi sama.

Akibat kes ini dan bagi meningkatkan kesedaran kumpulan pemandu teksi, New York City memperkenalkan pelekat “LOOK! For Cyclists” dalam kalangan semua 13,000 teksi di bandar itu.

Ini adalah permulaan yang baik untuk bandar yang memberikan perkhidmatan melibatkan kira-kira 336,000 penumpang setiap hari.

"Dutch Reach"

Sebagai tambahan kepada langkah berjaga-jaga yang diambil pemandu teksi di New York, terdapat cara mudah untuk memastikan keselamatan penunggang basikal.

Dengan kata lain, buka pintu dengan tangan yang tidak hampir dengan pemegang pintu.

Teknik-teknik ini datang dari Belanda, sebab itu ia dikenali sebagai "Dutch Reach".

pintu kiri

Kaedah yang diperkenalkan di Belanda pada tahun 1970-an telah menjadi amalan biasa dalam masyarakat Belanda.

Sekiranya kita sedang duduk di kerusi pemandu dan ingin keluar dari kereta, jangan buka pintu dengan tangan kanan, walaupun tangan kanan berada di sebelah pemegang pintu.

Adalah lebih baik, bukalah pintu dengan tangan kiri.

Tindakan mudah ini akan membuatkan kita memusingkan seluruh bahagian atas badan dan melihat melalui cermin pandang belakang supaya kita dapat melihat bahagian belakang kereta dan jalan di belakangnya.

Bagaimanapun, di negara di mana tempat duduk pemandu berada di sebelah kiri, kita perlu melakukan sebaliknya dan membuka pintu dengan tangan kanan kita.

Buka dengan tangan menjauhi pemegang pintu membuatkan kita pusingkan badan kita secara automatik dan melihat ke belakang.

Oleh itu, jika anda berada di Malaysia dan duduk di tempat duduk penumpang, sila buka pintu dengan tangan kanan anda. Sudah tentu, tabiat ini memerlukan masa untuk menyesuaikan diri.

Oleh itu, DutchReach.org, sebuah laman web yang direka untuk menjadikan tindakan mencengkam pemegang pintu ke arah bertentangan sebagai kebiasaan, telah menjadikan beberapa slogan yang memudahkan kita untuk mengingati.

Sebagai contoh, slogan: “Reach, Swivel, Look, Open” bermaksud "Capai, Pusing, Lihat, Buka", mengingatkan kita tentang tabiat membuka tombol pintu, menjauhkan tangan kita dari tombol pintu yang kita duduki.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Tangan kiri, kidal, kemalangan, isuke, tip

Artikel Lain