suria

Seronok apabila kucing peliharaan faham bahasa kita kan? Lakukan 4 perkara ini untuk latih si bulus

Sebagai haiwan yang manja, mereka tentunya ingin dibelai oleh pemiliknya sendiri.

SIAPA tidak mahu haiwan peliharaan jinak dan manja dengan kita kan?

Jika haiwan ini datang bermain dan meminta untuk dimanjakan, ia sejenis psikoterapi untuk kita.

ARTIKEL BERKAITAN: Fakta... Pasangan kurang kacak antara faktor wanita lebih bahagia!

Lebih-lebih lagi apabila kita melihat tingkah lakunya yang boleh memecahkan kesunyian di rumah.

Memang membosankan jika mempunyai si bulus, tetapi ia tidak dapat memahami bahasa kita secara pasif, bukan?

Jadi, kalau nak haiwan peliharaan memahami bahasa kita seperti video haiwan manja yang kita tengok di media sosial, jom cuba tip ini.

.

1. Bela haiwan peliharaan sejak usia kecil

Anda yang berminat untuk bela haiwan ini, jika boleh anda perlu dapatkan yang masih bayi atau di usia muda.

Pada masa inilah anda perlu menjaga dan memberi lebih perhatian kepada haiwan tersebut.

Masa muda tentu sekali lebih senang untuk memandikan, menyentuh dan memudahkan mereka mengenali tuannya.

Jika dibandingkan dengan haiwan seperti kucing dewasa, terutamanya kucing jalanan, memang sukar untuk dijinakkan.

Melainkan anda seorang profesional dan mempunyai banyak pengalaman dalam bab ini.

Tapi kalau boleh, bela sekali mak dan adik beradiknya jika ada semasa anda mengambil atau membelinya.

kucing manja

2. Banyak berbual dengan haiwan peliharaan

Biasakan diri sekerap mungkin untuk berkomunikasi dengan si bulus bagi memahami apa yang kesayangan kita ini mahukan.

Luangkan masa ketika berehat untuk bersama haiwann peliharaan anda dan berborak seolah-olah ia sedia maklum apa yang sedang dibualkan.

kucing manja 3

3. Kerap panggil kucing dengan nama gelaran

Berikan satu nama panggilan manja, dan kemudian panggil mereka dengan nama itu.

Dari situ, mereka akan faham dan akhirnya terbiasa dengan suara kita.

Memerlukan kesabaran juga jika mereka buat tak endah serta banyak kerenah jika dipanggil tetapi kita tidak boleh putus asa dalam hal ini.

kucing manja 5

4. Beri ganjaran

Berikan snek tetapi pastikan ia makanan berkualiti untuk mengajar si bulus supaya lebih selesa dengan kita.

Kesihatan si comel juga perlu dijaga, bagaimana? Tentu sekali faktor pemakanan!

Ia juga memainkan peranan penting jika inginkan mereka kelihatan lebih sihat dan ceria.

Kalau tak sihat mesti tak ada mood nak main dan ia tentu sekali malas melayan kita.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain