DARIPADA 500 individu bujang di Malaysia, 93 peratus daripada jumlah itu menyatakan keinginan untuk memiliki sebuah hubungan yang kukuh dengan 40 peratus mahu mendirikan rumah tangga secepat mungkin. Bagaimanapun 37 peratus daripada angka pula mengakui bahawa wabak dan kebimbangan terhadap keselamatan menyukarkan mereka untuk lebih dekat mencari pasangan.ARTIKEL BERKAITAN: Wow! Malaysia duduki tangga ke-10 obses dengan K-pop di TikTok Kajian yang dilakukan oleh Lunch Actually terhadap 2,500 koresponden itu menfokuskan kepada sasaran dan hala tujuan hubungan termasuk kesihatan mental individu bujang ketika pandemik di Singapura, Malaysia, Hong Kong, Thailand dan Indonesia. Faizal, 30, (bukan nama sebenar) yang bekerja dalam bidang kesihatan berkata, sebelum pandemik dia lebih mudah bersosial tetapi situasi itu berubah membuatkan usaha mencari pasangan hidup lebih sukar. "Apabila Covid-19 mula menyerang saya lebih senang duduk di rumah sekiranya tiada sebarang keperluan berada di luar. Sepanjang tempoh ini, saya lebih banyak menghabiskan masa bersama keluarga dan mengikuti kursus dalam talian. 71 peratus daripada golongan ini mengakui berasa sunyi ketika pandemik. "Keadaan sekarang membuatkan sukar untuk bertemu orang lain dan mencari pasangan," katanya. Di sebalik keinginan mencari cinta, 63 peratus golongan bujang tidak keluar berusaha mencari pasangan manakala 66 peratus pula tidak memanfaatkan teknologi seperti laman sosial untuk mendapatkan pasangan. Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Lunch Actually, Violet Lim berkata, peningkatan kes Covid-19 di Malaysia tahun ini turut memberi kesan kepada kehidupan peribadi golongan bujang termasuk keluar bertemu janji. Tinjauan itu juga menunjukkan bahawa 69 peratus golongan bujang di negara ini lebih mementingkan keselamatan dan melindungi diri daripada wabak berbanding mencari cinta. "Meskipun faham dengan perasaan dan situasi semasa ketika ini, kami ingin menggalakkan golongan bujang agar mengatasi ketakutan ini dan mula mencari pasangan hidup," jelasnya. Tidak ramai pula yang memanfaatkan teknologi dalam mencari cinta. Ini juga katanya, berkaitan dengan tinjauan berkaitan kesihatan mental golongan ini yang mana 24 peratus memberitahu kesihatan mental mereka memburuk pada tahun ini. Berbeza dengan tahun lalu - 25 peratus kaum lelaki berasa lebih tertekan berbanding wanita, 22 peratus. Tiga faktor yang menyumbang kepada kesihatan mental itu termasuk; tidak dapat keluar dengan bebas (75 peratus), bekerja dari rumah terlalu lama (53 peratus) dan ketakutan terhadap berita negatif mengenai Covid-19 dan perlu menyesuaikan diri dengan norma baharu (51 peratus). Diminta untuk menjelaskan keadaan diri mereka sepanjang tahun ini, 73 peratus golongan bujang memberitahu berasa tertekan, kesunyian (71 peratus) dan buntu (55 peratus). Disebabkan gangguan kesihatan mental itu, pemikiran golongan ini terhadap mencari pasangan turut terkesan. "63 peratus menyatakan bahawa mereka tidak merasakan ada lelaki atau perempuan yang dapat mencintai dan memahami diri mereka selain 55 peratus berasa tidak yakin dengan diri sendiri, 41 peratus tidak mempunyai perasaan untuk bercinta dan 23 peratus berputus atas tentang soal hati dan perasaan," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI