suria

Cukupkah hanya dengan sembur dan lap? Pakar kongsi cara betul mencuci, hapuskan kuman di rumah

Terdapat teknik tertentu mengemas rumah ketika pandemik.

SEJAK penularan wabak Covid-19, ramai antara kita yang lebih peka terhadap kerja-kerja membersihkan rumah dan menjadikan ia rutin dalam memastikan kediaman bebas daripada kuman dan bakteria.

Semburan penyahjangkit juga sudah menjadi keperluan agar kediaman dapat dilindungi daripada ancaman kuman dan pelbagai mikrob. Tetapi adakah ia membantu?

ARTIKEL BERKAITAN: Mungkin ramai tak tahu... Ada sebab kenapa perlu buka pintu kereta guna tangan kiri

Jurutera Aplikasi Serantau bagi Divisyen Solusi Komersial 3M, Li Bo berkata, ramai yang membersihkan kediaman dengan cara yang salah.

Jelas Li Bo, kebanyakan daripada masyarakat tidak sedar bahawa istilah membersih, menyahjangkit dan mensanitasi mempunyai makna berlainan dan setiap satu daripadanya mungkin melibatkan penggunaan produk-produk berbeza serta membuahkan hasil tidak sama kepada permukaan yang digunakan.

family-cleaning-Small

Adakah anda benar-benar yakin rumah bersih daripada kuman dan bakteria?

"Rata-rata pengguna sebenarnya mungkin tidak berpuas hati dengan penyahjangkitan yang mereka inginkan. Terknik sembur dan lap hanya mampu membuang kotoran atau habuk yang kelihatan pada permukaan tetapi belum tentu ia benar-benar bersih," katanya.

Li Bo menjelaskan tiga elemen membersih, mensanitasi dan menyahjangkit sangat penting ketika membersihkan rumah dan setiap elemen itu mempunyai fungsi tersendiri.

1. Membersih: Menghilangkan kotoran atau habuk yang dapat dilihat pada sesuatu permukaan.

2. Mensanitasi: Menggunakan bahan yang mampu mengurangkan bilangan bakteria serta mikrob lain sebanyak 99.9 peratus apabila digunakan

3. Menyahjangkit: Menggunakan bahan kimia yang mampu menghapuskan 99.9 peratus mikroorganisma termasuk patogen yang mengakibatkan penyakit berjangkit termasuk Covid-19.

Ketika ini kebanyakan SOP telah dilonggarkan dan ramai mula mengambil kesempatan ini pulang ke kampung atau menziarahi rumah saudara dan rakan. Oleh itu, pemilik rumah perlu meminimumkan risiko berlakunya pencemaran pada mana-mana permukaan di kediaman serta membersihkan rumah dengan lebih kerap.

1. Bersihkan kotoran atau habuk menggunakan span penyental kalis calar seperti Scotch-Brite Scrub Sponge untuk menyental dan mengelap permukaan yang diinginkan sehingga bersih.

2. Kemudian, gunakan semburan penyahjangkit seperti 3M TB Quat Disinfectant Ready-To-Use Cleaner yang telah diluluskan oleh Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (US EPA), atau badan tempatan yang setara dengannya untuk memastikan ia berkesan dalam melawan virus.

Plastic bucket with cleaning supplies in home

Penggunaan bahan cuci yang betul membantu membersihkan rumah anda.

Produk-produk yang diluluskan oleh US EPA lazimnya memaparkan nombor pendaftaran EPA pada labelnya dan label produk juga sepatutnya menyenaraikan virus-virus yang dapat dibasmi oleh produk berkenaan.

“Sebelum melakukan kerja-kerja penyahjangkitan, pengguna harus membaca dan mematuhi langkah yang digariskan pada label produk. Ia mungkin mengandungi butiran penting yang kebanyakan kita sering terlepas pandang.

“Apa yang ramai individu tidak sedar adalah, untuk menjamin keberkesanan produk penyahjangkit yang digunakan, bahan kimia ini perlu dibiarkan untuk tempoh tertentu setelah ia disemburkan pada sesuatu permukaan, lazimnya disebut sebagai tempoh tunggu atau ‘dwell time’,” katanya.

Tempoh tunggu sesuatu produk mungkin berbeza daripada yang lain, justeru arahan pada label produk menjadi lebih mustahak untuk dibaca.

“Kebanyakan kita juga lazimnya menggunakan bahan penyahjangkit dalam kuantiti yang sangat kecil. Untuk memastikan permukaan yang disasarkan dinyahjangkit dengan sebetulnya, seluruh permukaan tersebut haruslah dibasahkan dengan bahan ini,” tambah Li Bo.

Setelah tempoh tunggu telah tamat, gunakan kain mikrofiber untuk mengelap seluruh bahan penyahjangkit tadi.

“Kerja pembersihan dan penyahjangkitan dapat dilakukan dengan betul hanya bila langkah-langkah ini patuhi. Dengan membiasakan amalan yang mudah ini, anda boleh melindungi diri dan keluarga anda,” ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

tip bersih rumah, Covid-19, pandemik, 3M, isuke

Artikel Lain