TIDAK hanya manusia, kucing betina juga boleh mengalami keguguran dan ia pastinya menjadi perkara menyedihkan buat si bulus dan pemilik kucing yang menantikan kehadiran si comel baharu dalam keluarga. Sebenarnya terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan kucing mengalami keguguran dan sebaik-baiknya ia perlu dibawa berjumpa doktor veterinar bagi memastikan keadaan kesihatannya tidak bertukar menjadi lebih buruk.ARTIKEL BERKAITAN: Kenapa kucing kerap minta makanan? Ini 7 punca si bulus tetap lapar walaupun selepas makan Terdapat beberapa tanda ditunjukkan kucing betina apabila ia mengalami keguguran. Tanda-tanda dan gejala kucing keguguran Jika kucing anda pernah mengalami keguguran perkara paling umum perlu diperhatikan oleh pemiliknya adalah sama ada berlaku pendarahan normal atau berpanjangan. Terdapat juga kebarangkalian berlaku keputihan pada alat sulit kucing betina dan ia adalah tidak normal, justeru ia mungkin gejala atau tanda ia mengalami keguguran. Ketika keguguran berlaku pada tahap akhir kandungan, kebiasaannya kucing akan melahirkan janinnya dan keguguran ini biasanya berlaku pada kucing yang sudah tua. Jangkitan kulat dan parasit boleh menjadi penyebab kucing mengalami keguguran. Penyebab kucing keguguran Penyebab paling umum kucing keguguran adalah kematian janin disebabkan ketidakseimbangan hormon. Beberapa penyebab lain termasuklah; 1. Keguguran Mikotik – Kulat ini menyebabkan pendarahan berlebihan pada bahagian rahim dan dapat menyebabkan janin mati atau keguguran. 2. Kematian Janin – Jika kucing memiliki ketidakseimbangan hormon, masalah ini dapat menyebabkan kematian janin, sama ada mati ketika dilahirkan atau keguguran. Kematian janin mungkin juga terkait dengan kelainan genetik janin itu sendiri. 3. Neospora Caninum – Parasit ini biasanya ditemui pada anjing namun boleh menjangkiti kucing sekiranya ia berkongsi makanan dan minuman dengan anjing. Ia boleh menyebabkan kucing mengalami keguguran apabila dijangkiti dengan parasit ini. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI