suria

Risau harga barang mahal? Inilah masa untuk anda berbelanja di MR DOLLAR, harga barangnya tak naik-naik… RM2 atau RM5 je!

MR. DOLLAR menawarkan harga barangan RM2 atau RM5 dengan 12,000 produk.

PANDEMIK Covid-19 yang melanda dunia sejak dua tahun lalu benar-benar memberi kesan kepada masyarakat sehinggakan ada yang hilang pekerjaan dan pendapatan terjejas teruk.

Disebabkan terpaksa hidup dalam ketidaktentuan ramai mula menukar gaya hidup termasuk berjimat cermat apabila berbelanja sebagai langkah berjaga-jaga.

ARTIKEL BERKAITAN: Gabungan teknologi pintar dan gaya hidup, OGAWA perkenal kedai konsep smart retail... paling best ada diskaun cecah 50 peratus!

Apatah lagi terdapat segelintir peruncit barangan rumah harga tetap sejak akhir-akhir ini turut menaikkan harga barang jualan mereka dengan alasan kos barangan semakin meningkat.

Maka tidak hairanlah, ramai daripada kita bersikap memilih ketika membeli barangan keperluan dan mencari harga paling berpatutan dalam memastikan setiap wang yang dibelanjakan berbaloi.

Barangan Murah

Tawaran hebat... Kesemua produk yang dijual di MR. DOLLAR berharga RM2 atau RM5.

Namun, situasi ini tidak berlaku di MR. DOLLAR iaitu anak syarikat MR D.I.Y. Group (M) Bhd (MR DIY) yang mengambil langkah sebaliknya dengan tetap mengekalkan harga sama iaitu RM2 atau RM5.

MR. DOLLAR tetap berazam untuk memastikan orang ramai dapat berbelanja dengan yakin mengikut kemampuan, di samping memberi jaminan terhadap kualiti produk yang dibeli.

Ini sesuai dengan misi dan matlamat MR. DOLLAR untuk membantu rakyat negara ini memanfaatkan wang mereka sepenuhnya dan menikmati nilai terbaik daripada setiap pembelian barangan berharga RM2 atau RM5.

"Meskipun terdapat peruncit lain menaikkan harga tetapi di MR. DOLLAR, ia tetap mengekalkan harga sama menerusi 12,000 produk yang ditawarkan di semua 52 cawangannya," kata satu kenyataan daripada MR. DOLLAR.

MR Dollar

MR. DOLLAR mempunyai 52 cawangan di seluruh Malaysia!

Paling utama, MR. DOLLAR tidak hanya menawarkan harga murah dan tetap sama tetapi semua produknya adalah berkualiti dan berjenama.

Malah MR. DOLLAR tidak hanya menawarkan produk makanan dan minuman sebaliknya turut menyediakan 10 kategori produk termasuklah bahan masakan, barangan rumah, alat tulis, permainan, barangan sukan, makanan ringan, bahan bakeri dan sebagainya.

Harga Kami Tetap Sama_Web Promo v2

Jadi kenapa perlu beli-belah di MR DOLLAR?

1. Harga Kami Tetap Sama!

Bersesuaian dengan inisiatifnya iaitu 'Harga Kami Tetap Sama', MR. DOLLAR masih mengekalkan harga yang sama iaitu RM2 atau RM5 untuk semua produk yang dijual.

Ia bukan sahaja memberikan penjimatan kepada pelanggan malah dapat membawa pulang barangan berkualiti dan membantu lebih ramai rakyat Malaysia mendapatkan barangan keperluan isi rumah pada harga yang berpatutan.

Coke Santan

Anda boleh mendapatkan sebotol air 'Coke' 1.25L dan santan kelapa kotak Rex 200ml pada harga RM2 setiap satu! Murahnya!

Ramly Softlan

Bukan itu sahaja, daging burger jenama Ramly dan pelembut kain Softlan 1.4L pula, hanya RM5 sahaja setiap satu! Sungguh berbaloi bukan?

Flyers-EM-v2

Klik 'link' untuk maklumat lanjut mengenai ‘Harga Kami Tetap Sama’

Pelbagai snek

Pelbagai produk ditawarkan di MR. DOLLAR yang membuatkan anda rambang mata!

2. 12,000 produk dalam 10 kategori

Di MR. DOLLAR pelanggan tidak perlu bimbang untuk mendapatkan barangan keperluan kerana peruncit ini menawarkan lebih 12,000 pilihan produk.

Jenama ini menawarkan pelbagai jenis produk dalam 10 kategori iaitu coklat dan manisan; snek dan biskut; bahan-bahan masakan; barangan runcit; minuman; produk bakeri; makanan sejuk beku; keperluan rumah; perkakasan; serta alat tulis, mainan dan sukan yang setiap satunya berharga RM2 atau RM5.

Pelbagai Frozen Food

Bukan sahaja pelbagai pilihan namun produk yang ditawarkan adalah berkualiti.

3. Barangan berkualiti

Murah bukan bererti tidak berkualiti kerana MR. DOLLAR sangat mementingkan produk terbaik untuk pelanggan selain membuatkan pembelian sangat berbaloi!

Pelbagai jenama makanan kegemaran masyarakat Malaysia seperti Maggi, Oreo, Coca Cola, Kitkat, Marigold, Fernleaf, Sunquick, Johnson & Johnson, Vitasoy, Farm Fresh, Bon Chef, Walls, Chipsmore dan banyak lagi terdapat di MR. DOLLAR.

Lorong Yang Luas

Suasana selesa, produk disusun dengan teratur dan lorong yang luas memudahkan pelanggan membuat pilihan.

4. Suasana selesa

Meskipun menawarkan harga barangan yang murah, bukan bererti MR. DOLLAR tidak mementingkan keselesaan pelanggan ketika membeli belah.

Sebaliknya kesemua 52 cawangan MR. DOLLAR menawarkan persekitaran beli belah yang selesa, lorong yang luas dan berpendingin hawa setanding pasar raya terkenal lain.

Ini memberikan pengalaman beli belah yang cukup selesa kepada pelanggan apatah lagi mereka perlu mengambil masa untuk melihat 12,000 barangan yang ditawarkan!

file7dnw9nhre6s6uwlo5k7

MR. DOLLAR adalah anak syarikat kepada MR D.I.Y.

5. Anak syarikat MR D.I.Y. Group

Jika biasa berkunjung ke MR D.I.Y., ramai pasti sedia maklum kepelbagaian produk ditawarkan serta kualitinya yang terjamin.

Sebagai sebuah anak syarikat, MR. DOLLAR turut menek.ankan konsep sama dan pelanggan tidak perlu ragu-ragu dengan produk ditawarkan kerana semuanya hanya yang terbaik.

Sesuai dengan matlamatnya untuk menjadikan produk makanan dan minuman serta keperluan rumah lebih mudah didapati oleh ramai pengguna, MR. DOLLAR semakin dikenali rakyat Malaysia sejak cawangan pertamanya dilancarkan di Cheras pada Ogos 2020, dan dalam tempoh hanya setahun syarikat itu berjaya membuka 52 lagi cawangan termasuk di Lembah Klang, Melaka, Johor, Perlis, Pulau Pinang, Perak dan Negeri Sembilan.

SS-2 (1)

Terbaharu, MR. DOLLAR membuka cawangannya yang ke-50 di Sunway Pyramid, Petaling Jaya pada November lalu.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi dan kemas kini terkini di laman web MR. DOLLAR.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain