suria

TopzMall tawar pasaran luas buat peniaga produk halal dan jenama tempatan

Pelanggan TopzMall bukan sahaja datang dari Malaysia tetapi juga dari Filipina dan Vietnam di mana pasaran terbesar untuk platform ini ialah China.

SETELAH platform e-dagang TopzMall berjaya mencapai jualan RM16 juta pada tahun pertama operasinya, ia yakin dengan model perniagaannya yang memberi fokus kepada produk tempatan.

Menurut Ketua Pegawai Operasi TopzMall, Calvert Choo, Malaysia mempunyai pelbagai jenis produk berkualiti tinggi dan TopzMall dilihat menjadi platform e-dagang terbaik untuk memasarkannya di peringkat antarabangsa.

ARTIKEL BERKAITAN: Perhatian peminat BTS dan kaki foto! Fujifilm perkenal versi Instax Mini 11 BTS Butter

Ini kerana pelanggan TopzMall bukan sahaja datang dari Malaysia tetapi juga dari Filipina dan Vietnam di mana pasaran terbesar untuk platform tersebut ialah China.

“TopzMall berbeza dengan platform e-dagang yang lain kerana kami memberi fokus untuk memasarkan produk jenama tempatan ke luar negara,” ujar Calvert.

Ketua Pegawai Eksekutif TopzMall En. Calvert Choo

TopzMall mensasarkan menggandakan jualannya kepada RM32 juta tahun depan.

Tambahnya, matlamat TopzMall adalah untuk menggandakan jualannya kepada RM32 juta tahun depan.

Justeru Calvert menyeru agar lebih banyak perniagaan tempatan untuk menyertai TopzMall.

Selain laman web, TopzMall juga boleh diakses melalui aplikasi Yippi sebagai rakan strategiknya.

“Tahun lalu kami hanya mencuba pasaran, melihat kepada jumlah jualan dalam tempoh setahun iaitu RM16 juta, kami yakin model perniagaan dengan bergabung bersama rakan strategik telah berjaya.

“Selepas ini kita akan bergabung dengan lebih ramai rakan strategi. Sebagai contoh aplikasi Yippi, penggunaan aplikasi berkenaan membolehkan akses TopzMall secara terus tanpa perlu mendaftar dan mereka terus boleh membeli-belah.

Dari kiri - En Ivan Tan - Pn Shirley - En Ahmad Salman Bin Ahmad Fua'ad- Puan Carol Fung- En Calvert Choo - Pn Jeryl Lee- Datuk Ringo Low- En. Simon Wong

Calvert (lima dari kiri) ketika majlis pelancaran aplikasi TopzMall

“Secara tidak langsung TopzMall mendapat trafik daripada pengguna Yippi. Oleh yang demikian, majoriti jualan TopzMall pada tahun ini datangnya dari China,” kata Calvert.

Selain itu, TopzMall juga bercadang untuk mewujudkan kategori halal dalam platform disebabkan pasaran luas produk tersebut.

“Kami merancang untuk mewujudkan kategori halal dalam TopzMall. Masyarakat Muslim bukan sahaja ada di Malaysia, tetapi seluruh dunia.

“Oleh itu, kami mahu membawa produk halal jenama tempatan masuk ke pasaran antarabangsa,” ujarnya.

Jelas Calvert, dia yakin produk halal tempatan akan mendapat sambutan di TopzMall kerana sijil halal Malaysia dipercayai meluas di peringkat antarabangsa.

Cef Selebriti Ivan (kiri), Ketua Pegawai Eksekutif TopzMall En. Calvert Choo (tengah), Duta Kempen Barangan CNY TopzMall 2022 Jeryl Lee (kanan)

Calvert (tengah) bersama cef selebriti Ivan (kiri) dan Duta Kempen Barangan CNY TopzMall 2022 Jeryl Lee.

“Sijil halal Malaysia mempunyai kreadibiliti yang kukuh berbanding sijil halal antarabangsa lain. Bukan mudah untuk mendapatkannya dan perlu melalui pelbagai prosedur yang cukup teliti.

“Jadi, kami berharap selepas ini peniaga produk halal tempatan boleh menyertai kami di TopzMall dan menjual produk mereka ke seluruh dunia.

“Buat masa ini kekuatan kami adalah di China kerana majoriti pelanggan datangnya dari sana. Pasaran halal di China juga cukup besar, kami berharap pemilik produk halal tempatan tidak akan melepaskan peluang yang ditawarkan apabila kategori halal diperkenalkan dalam TopzMall,” ujar Calvert.

Pada hari Khamis lalu, Calvert ditemui pada sidang akhbar di mana penyanyi Jeryl Lee Pei Ling dilantik sebagai duta untuk acara "2022 CNY Goods".

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain