SELAIN manusia, kucing juga merupakan salah satu hidupan yang memerlukan vaksin untuk mendapat perlindungan daripada virus dan bakteria. Oleh itu, setiap pemilik kucing wajib memberikan vaksin kepada kucing kesayangannya.ARTIKEL BERKAITAN: Kenapa kucing kerap minta makanan? Ini 7 punca si bulus tetap lapar walaupun selepas makan Bagaimanapun, sebelum membawa kucing untuk divaksinasi, kenal pasti dahulu jenis-jenis vaksin yang diperlukan. Berikut adalah jenis vaksin yang diperlukan kucing; 1. Vaksin F3 atau Tricat Vaksin F3 berfungsi sebagai antibodi untuk menghindarkan kucing dari serangan penyakit atau Virus Feline Panleukopenia, Feline Rhinotracheitis dan Feline Calicivirus. Vaksin jenis ini merupakan vaksin yang pertama kali dan asas disuntik kepada kucing apabila mencecah usia 8-10 minggu. 2. Vaksin F4 atau Tetracat Manakala vaksin jenis ini pula diberikan untuk mencegah penyakit Panleukopenia Feline, Rhinotracheitis Feline, Feline Calicivirus dan juga Chlamydia. Apabila kucing yang terdedah kepada pelbagai virus atau penyakit yang dinyatakan seperti diatas biasanya akan menunjukkan simptom seperti bersin, hidung berair, konjunktivitis (mata merah akibat keradangan) atau kotoran mata. Di samping itu, adakalanya kompilasi lain boleh terjadi, termasuk Pneumonia iaitu keradangan paru-paru yang berpunca daripada jangkitan. Vaksin F4 boleh diberikan kepada kucing apabila mereka berumur 12 hingga 14 minggu. 3. Vaksin Rabies Sama seperti anjing, kucing juga boleh dijangkiti rabies iaitu virus atau penyakit yang sememangnya perlu diberi perhatian. Rabies itu sendiri boleh menular di antara kucing dengan kucing yang lain, malah kepada manusia. Oleh itu, pemilik kucing perlu mendapatkan suntikan vaksin rabies ketika mencapai usia yang ditentukan. 4. Vaksin Bukan Teras Terdapat beberapa vaksin yang direka khusus untuk mencegah penyakit tertentu dan bukan teras, antaranya seperti: A) Chlamydophila Felis adalah sejenis bakteria yang menyebabkan konjunktivitis pada kucing serta jangkitan saluran pernafasan atas. B) Bordetella bronchiseptica pula ialah sejenis jangkitan yang disebabkan oleh bakteria yang boleh menjejaskan saluran pernafasan atas. C) Vaksinasi Feline Immunodeficiency virus (FIV) ini biasanya diberikan kepada kucing yang terlibat dengan pergaduhan. Jangkitan biasanya merebak melalui gigitan kucing kepada kucing yang lain. D) Leukimea kucing (FeLV): Vaksin FeLV adalah penting untuk langkah awal mencegah penyebaran penyakit melalui sentuhan dengan air liur, najis, air kencing dan susu yang dikonsumsi secara bersama. Dan sememangnya menjaga kucing sebagai haiwan peliharaan bukanlah suatu tugas yang mudah. Ini kerana, pemilik kucing haruslah memeriksa apa sahaja yang diperlukan kucing untuk kelangsungan hidup. Seperti menjaga pemakanan (tidak memberikan makanan dari sumber yang pedas), kerap menghantar ke klinik untuk pemeriksaan berkala elak dijangkiti penyakit, membersihkan bulu kucing, memandikan dan sentiasa memberikan jagaan rapi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI