suria

Terima lebih 1 bilion pengguna baharu... Iman Troye, Dr Ahmad Samhan antara paling popular di TikTok sepanjang 2021

Pelbagai perkara yang menjadi perhatian di TikTok sepanjang 2021.

TAHUN 2021 menyaksikan lebih satu bilion pengguna beralih kepada TikTok untuk kandungan ringan dan hiburan, malahan ramai antara mereka turut menghiburkan penonton dengan kandungan kreatif ciptaan sendiri yang bukan sahaja membawa kegembiraan tetapi juga menjadi tular.

Sepanjang tahun ini, TikTok menyaksikan ramai individu menjadi perhatian bukan sahaja daripada golongan selebriti tetapi juga masyarakat umum yang membina nama di laman sosial itu.

ARTIKEL BERKAITAN: 2021 menyaksikan rakyat Malaysia lebih terhubung di Twitter, doktor lebih aktif... emoji picagari antara paling kerap digunakan

Antara yang menjadi perhatian tahun ini termasuklah cabaran #SquidGame, sebuah siri televisyen drama survival Korea Selatan yang mendapat tempat di hati masyarakat bukan sahaja di Malaysia tetapi menembusi peringkat global.

Tak terkecuali #TikTokGuru, yang mengetengahkan kaedah pembelajaran lebih menyeronokkan dan interaktif untuk semua peringkat umur.

#MyFoodie turut menjadi popular dengan video menarik perhatian pengguna dengan keunikan makanan dan persembahannya.

maxresdefault

Cabaran Squid Games antara paling popular 2021.

Ekoran pandemik yang melanda dunia ketika ini, #KitaJagaKita turut menjadi perhatian dalam menyediakan pelbagai maklumat berkaitan wabak Covid-19 serta sokongan dan perkhidmatan kesihatan mental oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Tidak ketinggalan #SenyumanRaya turut 'trending' dengan cabaran yang dilancarkan TikTok di mana pengguna digalakkan untuk berkongsi perayaan raya unik peribadi mereka di platform itu.

Sementara itu, turut menjadi perhatian di laman sosial itu termasuklah @eiqamaleq, @kakeemovie dan @shah_rubio yang dikategorikan sebagai pencipta hiburan paling popular.

Kategori selebriti terbaik paling popular pula ialah @babyshimaofficial, @noradanishhanif, @alvinchong123, @toktitiktok dan @izzueislam.

Berikut adalah imbasan perkara yang popular di TikTok sepanjang 2021;

Vertikal Paling Popular

1. Entertainment

2. Food

3. Education

4. Gaming

5. Sport

Pencipta Hiburan Paling Popular

1. eiqamaleq

2. kakeemovie

3. shah_rubio

iman troye

Iman Troye.

Selebriti Bintang Baru Paling Popular

1. imantroye

2. erissa_puteri

3. asadmotawhhh

Pencipta Makanan Paling Popular

1. akiejack

2. syifajamill

3. hamdanmubarak_

Saleha

Siti Saleha.

Pencipta Kecantikan dan Fesyen Paling Popular

1. rozyana93

2. sallywhoo

3. miaazahar

Samhan

Dr Ahmad Samhan.

Pencipta Pendidikan Paling Popular

1. dr.samhan

2. irfan.khairi

3. hafizuddinmuhd18

Pencipta Permainan Paling Popular

1. sharinarichie

2. faroukjer

3. yonnyzahri

Pencipta Sukan Paling Popular

1. tbh77_oe

2. thelast_defender

3. kangzhuangranger

Pencipta Penstriman Langsung Paling Popular

1. nelysa_norazlan

2. dj.mushroom

3. yazminaziz

TikTok adalah destinasi utama untuk video mudah alih berdurasi pendek, platform unik di mana kreativiti tidak terhad dan disokong secara berterusan - di mana sesiapa sahaja boleh menemui, mencipta dan berkongsi kandungan yang mereka suka.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain