suria

Banyak sebenarnya kegunaan tepung jagung, paling menakjubkan boleh kilatkan tembaga

Periuk tembaga boleh dicuci menggunakan tepung jagung.

TERDAPAT pelbagai bahan di dapur yang sebenarnya bukan sahaja digunakan untuk memasak tetapi boleh dimanfaatkan sebagai produk pembersih.

Biasanya bahan seperti cuka, serbuk penaik dan mayonis sering digunakan untuk membersihkan rumah tetapi tahukah anda tepung jagung juga boleh membantu memudahkan kerja?

ARTIKEL BEKRAITAN: Terubat rindu nak ke Hatyai, pasar mini di Kajang jual macam-macam produk dari Thailand!

Apa yang boleh dilakukan tepung jagung untuk membersihkan kediaman anda?
Tepung Jagung

Tepung jagung banyak kegunaan.


1. Bersihkan barangan tembaga

Untuk mengilatkan kembali barangan tembaga anda, hasilkan sendiri bahan pencucinya dengan mencampurkan air dan tepung jagung. Guna kain lembab untuk menggilap peralatan berasaskan tembaga.

Biarkan ia kering sebelum bersihkan kembali dengan kain bersih. Hasilnya pasti membuatkan anda kagum.

2. Menghilangkan kesan minyak di dinding

Sehebat mana pun seseorang itu memasak di dapur, satu perkara yang tidak dapat dielakkan adalah makanan yang digoreng akan terpercik di dinding.

Mengelap menggunakan kain lembab dan sabun pencuci juga masih meninggalkan sisa minyak yang melekat di dinding.

Bagi memastikan kesan minyak benar-benar hilang, taburkan tepung jagung pada kain kering dan gosok pada permukaan dinding yang berminyak. Debu tepung akan menarik minyak degil.
top2-01_41_840235


3. Bersihkan permaidani

Permaidani salah satu benda yang mudah kotor dan terdapat pelbagai cara menghilangkan kotoran itu termasuklah menggunakan tepung jagung.

Caranya mudah, bancuh tepung jagung dengan susu sebelum sapu pada kesan kotoran dan biarkan selama beberapa jam sehingga ia kering.

Susu dan tepung jagung itu akan menyerap kotoran yang melekat.

4. Hilang kesan hangus pada pakaian

Kesan hangus pada pakaian memang meresahkan apatah lagi baju itu berwarna putih. Tetapi jangan khuatir kerana kotoran itu dapat dihilangkan menggunakan tepung jagung.

Anda hanya perlu basahkan bahagian yang terkesan, taburkan tepung jagung dan biarkan sehingga ia kering. Kemudian bersihkan menggunakan air.

5. Membersihkan cermin

Jika anda bercadang untuk membersihkan cermin tanpa meninggalkan kesan selepas dilap, campur dua sudu makan tepung jagung bersama setengah sudu amonia dan setengah sudu cuka putih.

Larutkan semua bahan-bahan itu dengan dua ke tiga liter air dan masukkan dalam botol agar mudah disembur pada cermin.

Sembur pada cermin dan bilas dengan air bersih sebelum mengelapnya dengan kain yang tidak mempunyai serat - pasti cermin anda berkilat!

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain