MEMELIHARA kucing yang sesuai dengan gaya hidup seseorang memerlukan beberapa pertimbangan termasuklah jenis jantina si bulus. Bagaimanapun ramai tidak mengambil berat tentang perkara ini padahal kucing jantan dan betina memiliki sifat dan personaliti berbeza yang dapat mempengaruhi pemiliknya.ARTIKEL BERKAITAN: Ketahui risiko kerap kurung kucing dan bila waktu sesuai si bulus patut diletakkan dalam sangkar Jadi apa yang membezakan sifat kucing betina dan jantan? 1. Karakter fizikal Satu perbezaan yang jelas di antara kucing jantan dan betina adalah berat badan mereka di mana kucing jantan lebih besar dan berat. Saiz kucing juga boleh disebabkan oleh faktor kacukan dan jenisnya. 2. Usia Kucing betina diketahui dapat hidup lebih lama berbanding kucing jantan namun itu bukan perkara utama kerana umur kucing biasanya dipengaruhi pelbagai faktor termasuk penyakit, pemakanan dan kesihatannya. 3. Sikap dan personaliti Kebiasaannya kucing jantan lebih bersikap terbuka dan ramah berbanding kucing betina meskipun tanggapan ini tidak sepenuhnya benar. Jika seseorang lebih gemarkan kucing yang tidak terlalu aktif, si bulus betina lebih sesuai. Pakar haiwan berpendapat, kucing jantan lebih ramah kerana ia tidak memiliki naluri keibuan dan membuatkan ia lebih mudah bergaul dengan kucing lain mahupun manusia. Bagaimanapun, ada juga kes di mana kucing betina lebih aktif dan ia boleh disebabkan pelbagai faktor seperti usia. 4. Perilaku antara kucing Jika sudah ada kucing di rumah dan ingin membela yang lain - kucing betina mungkin lebih sesuai kerana perilakunya yang mudah menyesuaikan diri lebih cepat. Ini kerana kucing betina lebih cenderung bekerjasama dalam kelompok kucing manakala kucing jantan lebih bersikap teritorial terhadap kucing lain terutamanya kucing jantan. Kucing betina juga lebih selesa tinggal dalam ruang lebih kecil manakala kucing jantan lebih gemar berkeliaran dan tidak suka duduk terperap di sesuatu kawasan dalam tempoh lama. 5. Mencakar Baik kucing jantan atau betina, mencakar adalah salah satu aktiviti kegemaran mereka namun kucing jantan lebih kerap melakukan perkara itu sebagai cara menanda wilayah mereka. Perilaku itu akan bertambah kerap jika terdapat kucing jantan lain yang cuba masuk ke dalam wilayahnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI