SEPERTI manusia, kucing juga memerlukan tidur yang secukupnya untuk mengembalikan tenaga apatah lagi jika si bulus aktif melakukan pelbagai aktiviti. Biasanya, kucing akan mencari tempat paling selesa untuk tidur dan sebenarnya haiwan ini mempunyai beberapa tempat kegemaran untuk dijadikan tempat tidur. ARTIKEL BERKAITAN: Kucing jantan atau betina? Ada 5 perkara perlu dipertimbangkan sebelum bela si bulus Maka jangan hairan sekiranya melihat kucing kesayangan anda tetap tidur di satu tempat meskipun tempat tidur yang selesa sudah disediakan untuknya. Berikut adalah beberapa tempat kegemaran bagi si kucing tidur. 1. Pangkuan pemiliknya Ketika melihat pemiliknya sedang duduk santai di sofa dan menonton televisyen, jangan terkejut tiba-tiba si bulus akan naik ke pangkuan anda dan tidur. Pangkuan tuannya adalah tempat tidur kegemarannya - bukan sahaja kerana ia hangat tetapi juga tanda ia selesa dan percayakan anda. 2. Tempat tinggi Kebanyakan kucing suka berada di tempat tinggi seperti pokok, rak buku, bahagian belakang sofa, atas peti ais. Jika melihat mereka tidur lena di tempat tersebut jangan resah kerana itu adalah tempat paling aman baginya untuk berehat. 3. Di bawah selimut Terdapat beberapa kucing suka bersembunyi dan tidur di bawah selimut yang lembut dan hangat. Tidak hanya itu, ada juga kucing suka berjemur di bawah matahari dan tetap tidur lena. Sebenarnya meskipun bulunya tebal, kucing memang suka tidur dalam keadaan badannya hangat. 4. Ruang tertutup Ada pula kucing suka meringkuk dalam benda-benda tertutup seperti kotak atau belakang sofa untuk tidur kerana ia dapat membantunya berasa tenang dan selesa. 5. Tempat tidur tuannya! Salah satu tempat tidur kegemaran kucing adalah tempat tidur pemiliknya. Jadi jangan berasa hairan jika ia sanggup berhimpit di celah-celah anda untuk tidur. Bagi kucing ia adalah tempat paling selesa dan ini adalah peluang bermanja dan menunjukkan kasih sayang kepada pemiliknya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI