suria

Tak kisah masih solo, kenali 4 tanda anda mungkin golongan 'takut' komitmen

Ada yang lebih rela hidup bersendirian kerana takut terhadap komitmen dalam hubungan.

MENCARI pasangan bukan hanya untuk mengisi kekosongan diri dan mengharap cinta tetapi mengajar diri kita untuk menerima kelebihan dan kekurangan seseorang dengan ikhlas.

Pendek kata, menjalin hubungan dengan seseorang memerlukan komitmen tinggi apatah lagi sekiranya mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

ARTIKEL BERKAITAN: Ego dan malu punca lelaki pendam masalah ‘dalam seluar’, pusat sehenti ini boleh bantu!

Akan tetapi, ada juga yang memilih untuk menjalani hidup sendirian berbanding berkomitmen dengan seseorang. Mengapa golongan ini takut untuk berpasangan?

Empat sebab berikut mungkin jawapannya!

commitment-issues

1. Sabotaj hubungan sendiri

Jika anda selalu mencari masalah ketika sesebuah hubungan itu sedang berjalan dengan baik, ada kemungkinan anda sedang mensabotaj percintaan sendiri.

Perkara ini biasanya berlaku disebabkan anda takut untuk memberi komitmen terhadap pasangan. Anda akan selalu berasa tidak selesa apabila bersama si dia dan sentiasa mencari alasan bertengkar dengan harapan hubungan itu akan berakhir.

2. Tiada alasan jelas takut komitmen

Seseorang itu mungkin tidak ingin berkahwin kerana dua alasan berbeza. Salah satunya adalah kerana tidak percaya kepada perkahwinan dan mungkin fobia untuk memberi komitmen.

Alasan kedua itu mungkin dirasakan kerana faktor sekeliling seperti melihat perpecahan keluarga sendiri atau orang di sekelilingnya.

Tetapi anda juga mungkin tidak tahu alasan disebalik enggan berkahwin apabila ditanya kerana merasakan tiada alasan tertentu mengapa anda berbuat demikian.

Commitment-fears

3. Tipu perasaan sendiri

Golongan seperti ini biasanya takut apabila perasaan dan diri mereka yang sebenar diketahui orang lain. Atas sebab itu juga anda enggan menjalinkan sebarang hubungan atau mempunyai komitmen dengan si dia.

Anda bimbang semua perkara tentang diri anda terbongkar. Kebiasaannya golongan ini mahu merasai kebahagiaan tetapi kerana perlu menipu perasaan sendiri, jadi terpaksa telan semuanya sendiri.

4. Menolak kerana alasan tak munasabah

Ketika menyukai seseorang, anda menolaknya kerana alasan tidak munasabah misalnya kerana rupa paras atau imejnya yang tidak kena di mata anda.

Pokoknya, anda akan mencari alasan mengarut untuk menolak seseorang yang hadir dalam hidup anda dan ia mungkin tanda anda takut komitmen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain