suria

Baru puas dan syok! TikTok panjangkan durasi video maksimum 10 minit

TikTok kini meningkatkan durasi video kepada maksimum 10 minit.

TIKTOK sekali lagi meningkatkan durasi maksimum video yang boleh dimuat naik pengguna ke platform itu sebanyak tiga kali ganda kepada 10 minit.

Laman sosial itu sedang bergerak untuk membenarkan pencipta kandungan membuat video dalam bentuk lebih panjang kerana persaingan seperti YouTube, Facebook dan Instagram yang secara agresif membina ciri video bentuk pendek seperti TikTok.

ARTIKEL BERKAITAN: Jom cuba... Facebook Reels kini boleh digunakan, cara terbaru jana pendapatan di media sosial!

Pengenalan durasi video 10 minit itu dibuat kurang dari setahun selepas ia meningkatkan durasi maksimum video kepada tiga minit pada Julai 2021.

Sebelum itu, TikTok hanya membenarkan video berdurasi 60 saat dimuat naik di laman sosial berkenaan.

Salah satu sebab mengapa TikTok menjadi sangat popular dengan lebih satu bilion pengguna aktif setiap bulan adalah kerana ia menyediakan suapan secara automatik untuk video pendek bersaiz kecil yang menghiburkan di bawah satu minit.

202168_124247_1040x896.0

Pada awalnya TikTok hanya membenarkan video berdurasi 60 saat.

Bagaimanapun perkembangan terbaharu ini tidak dapat dipastikan sama ada akan mendapat sambutan baik daripada pengguna dan TikToker yang aktif menghasilkan video.

Tetapi perubahan itu jelas menunjukkan ia akan mendapat perhatian jenama dan syarikat besar untuk mengekalkan penonton dalam aplikasi itu dalam tempoh lebih lama.

Pengenalan ini juga akan memberi tamparan hebat kepada YouTube selepas format YouTube Shorts yang diperkenalkan sebelum ini mula mendapat sambutan sejak diperkenalkan pada September 2020.

Ia sekali gus telah menarik pengguna TikTok dan laman sosial lain untuk lebih banyak menghabiskan masa di YouTube.

Strategi terbaharu TikTok ini juga dilihat untuk kembali bersaing dengan YouTube dalam menarik kembali penonton ke laman sosial itu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain