suria

Minum susu vegan makin popular, pakar kata amalan ini tak sebagus seperti disangka

Susu badam antara yang menjadi perhatian.

PENGAMBILAN susu vegan sebagai pengganti susu lembu semakin menjadi trend dalam kalangan masyarakat kerana ia dikatakan rendah kalori dan lebih menyihatkan.

Jadi tidak hairan, semakin ramai yang beralih kepada susu vegan yang merupakan alternatif berasaskan tumbuh-tumbuhan seperti kacang badam, gandum dan kacang soya.

ARTIKEL BERKAITAN: Cantik, banyak kegunaan... jom cuba 4 langkah mudah tanam bunga telang

Meskipun disebut susu, namun pakar pemakanan mengatakan susu berasaskan sayur-sayuran tidak memiliki manfaat dan gizi seperti susu lembu atau kambing.

Pakar Nutrisi Universiti Reading, Ian Given berkata, beberapa masalah yang biasa bagi mereka yang mengamalkan susu vegan ini termasuklah kekurangan gizi, iodin dan zat besi.

Dua nutrisi tersebut, kata Ian, menjadi unsur penting dalam kualiti pertumbuhan manusia.

Menurut sumber kajian diet dan gizi Amerika Syarikat, satu per empat remaja perempuan mendapat sumber iodin, kalsium dan zink yang kurang.

Susu Lembu

Susu lembu adalah yang terbaik.

"Sebahagian besar merupakan kesan daripada pengurangan pengambilan susu lembu. Ramai tidak tahu bahawa susu lembu adalah salah satu sumber iodin terbesar yang turut terdapat pada ikan dan kerang," katanya.

Bagaimanapun, ikan dan kerang antara makanan 'larangan' dalam diet vegan.

Dalam pada itu, Ian berkata, iodin juga sangat penting kepada wanita terutamanya pada sistem peranakan selain menjamin kesihatan janin ketika hamil.

Malah bagi wanita yang tidak minum susu, ia akan mengalami masalah kekurangan kalsium dan kesannya akan dapat dilihat selepas mengalami menopause akibat perubahan hormon.

"Usia muda adalah waktu sangat penting untuk perkembangan tulang," jelasnya.

Melihat trend vegan yang semakin popular, Ian berkata, ia bukan sesuatu yang salah tetapi pola pemakanan perlu dilakukan dengan pemahaman yang tepat.

Ini kerana ramai yang percaya dengan mitos tentang diet vegan tanpa mengetahui tentang soal pemakanan dan zat di sebaliknya.

"Dengan pemahaman yang tepat, ia dapat membantu dalam memastikan seseorang mendapat zat dan nutrisi seimbang," jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain