BUNGA telang atau nama latinnya Clitoria ternatea merupakan sejenis tumbuhan yang cukup terkenal dengan warna biru tuanya yang cantik. Selain sesuai sebagai tanaman hiasan, bunga ini dikatakan mempunyai khasiat. Ia juga digunakan dalam campuran kosmetik, pewarna makanan, hinggalah minuman teh yang boleh membantu menurunkan berat badan.ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki di Delhi habiskan masa dengan 550 pokok bonsai selepas bersara, rajin kongsi tip berguna untuk peminat tanaman ini Menurut Healthline, bunga telang bermanfaat untuk menghalang pembentukan jaringan lemak sama aada sebagai diet atau makan seperti biasa. Bagaimanapun, selain pelbagai manfaat yang boleh didapati daripada bunga serba kebiruan itu, anda juga boleh menanamnya dengan cara mudah di kawasan rumah tanpa perlu membeli di luar.Caranya termasuklah; 1. Sediakan bibit bunga telang Terlebih dahulu, asingkan benih yang boleh diguna dengan yang tidak sesuai disemai dengan merendamnya kira-kira 3-5 minit. Benih yang terapung di permukaan air bermakna tidak cukup baik untuk ditanam dan perlu dibuang. Kemudian, teruskan merendam benih yang tidak terapung lebih kurang 7 hingga 12 jam dengan tujuansupaya benih lebih mudah bercambah. 2. Semai bibit telang Manakala, cara menanam bunga telang seterusnya ialah menyediakan tempat semaian dengan campuran tanah, pasir, dan bahan organik seperti baja. Kemudian sediakan bekas seperti pasu atau tin terpakai. Buat lubang di bahagian bawah bekas, isi dengan campuran semaian, kemudian tanamkan benih ke dalam semaian lebih kurang 0.8-1.2 cm. Jangan lupa pada bahagian atas perlu ditutup dengan beg plastik yang telah ditebuk. Walau bagaimanapun, tanaman itu perlu disimpan di tempat yang teduh dan lembap - tunas bunga telang akan muncul dalam 2-7 hari dan mengeluarkan 2 hingga 5 helai daun saat berusia lima minggu. 3. Tanam bunga telang dari batang Apabila putik bunga sedia untuk ditanam, ia perlu dipindahkan dengan segera ke dalam pasu yang lebih besar. Caranya, letakkan kerikil di bahagian bawah periuk dan isi dengan campuran tanah, baja dan pasir. Setelah itu, sediakan kayu atau bahan lain yang boleh digunakan sebagai medium pembiakan bunga dan pasang pada jarak 4-8cm, barulah pucuk bunga dapat dipindahkan ke dalam pasu. 4. Merawat bunga telang Penjagaan bunga telang perlu dilakukan supaya tanaman tumbuh dengan baik dan subur, ia termasuk dalam proses menyiram tanaman, membaja, mengawal perosak yang mengancam, dan teliti akan persekitarannya. Untuk penyiraman, boleh lakukan mengikut medium penanaman, jika sudah lembap maka buat sekali sahaja pada waktu pagi atau petang. Manakala pembajaan hendaklah diberikan sekali dalam 2 minggu menggunakan baja organik atau baja kalsium. Dalam pada itu, bunga telang juga perlu diikat dengan halus dan betul mengikut aluran objek yang digunakan ketika tanaman mulai tumbuh dengan banyak, disamping dapat dituai selepas 49-73 hari. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI