suria

Nak tidur lena? Jom cuba... 5 pokok hiasan ini dikatakan umpama 'sleeping pills'

Walaupun penat seharian bekerja kesihatan perlu diutamakan selain mendapatkan tidur yang cukup. - Gambar Instagram @irina_zaspa

SEIRING dengan perkembangan, masyarakat kini lebih banyak menghabiskan masa dalam pekerjaan dan pembelajaran sehingga kurang mendapat tidur yang cukup kerana terlalu memikirkan hal kerja.

Persekitaran yang tidak selesa juga akan membuatkan anda tidur kurang lena. Seperti yang diketahui, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) mendapati beberapa tumbuhan popular seperti lidah buaya membantu meningkatkan kualiti udara dalam rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Betul ke tidur telanjang mampu tingkat kesuburan lelaki, lebih cepat terlelap?... tapi kalau anda sleepwalker hati-hati ye!

Hasil kajian itu juga mendapati ada beberapa tumbuhan boleh membantu seseorang mendapat tidur malam yang lebih nyenyak, selain kualiti tidur yang baik diperoleh daripada persekitaran bilik yang sihat dan selesa.

Malah, bukan sahaja dari keupayaan tumbuhan meningkatkan kualiti udara, aroma yang dikeluarkan oleh tumbuhan juga dapat membantu meningkatkan kualiti tidur.

Pun begitu, kehadiran beberapa tumbuhan hiasan ini di dalam bilik boleh membantu anda tidur dengan tenang, termasuklah;

1. Melati

Tumbuhan jasmine atau melati bercirikan bunga putih kecil yang cantik, ia juga terkenal dengan aromanya selain memberikan ketenangan.

Beberapa kajian menunjukkan bahawa bau melati boleh mengurangkan tahap kebimbangan dan mampu meningkatkan kualiti tidur.

Dalam pada itu, bunga melati perlu diletakkan di tepi tingkap untuk mendapatkan cahaya matahari disamping menyiram dengan kerap semasa tempoh berbunga.

2. Bunga Cina/Gardenia

Adapun bunga gardenia merupakan tumbuhan semerbak wangi asal dari China dan Jepun yang terbukti bermanfaat sebagai sleeping pills seseorang.

Dikatakan, penyelidik di Jerman mendapati bahawa bahan kimia dalam bunga gardenia boleh meningkatkan aktiviti neurotransmitter GABA yang sering bertindak di dalam otak selain menyampaikan kesan santai ketika seseorang tidur.

Namun perlu diketahui, gardenia juga memerlukan cahaya matahari sekurang-kurangnya empat jam sehari disamping menyiram tanaman itu dengan kerap apabila berada dalam bilik tidur yang bersuhu lembap.

3. Lavender

Manakala lavender terbukti untuk membantu individu itu tidur lebih nyenyak, malah dikatakan sebilangan wanita di era Victoria mengisi bantal mereka dengan lavender untuk memberikan kesan menenangkan.

Bagaimanapun, tumbuhan lavender ini memerlukan pendedahan cahaya matahari secara langsung sekaligus kaedah penyiraman yang lebih kerap.

Anda juga perlu menentukan keperluan dalam penjagaan tumbuhan ini supaya lavender terus memberikan manfaat kepada pengguna.

4. Lidah buaya

Bukan sahaja terkenal dengan khasiat kesihatan dan kecantikan, aloe vera juga berfungsi sebagai pembersih udara.

Namun, anda disarankan meletakkan tumbuhan ini di satu sudut bilik yang terdedah kepada cahaya matahari.

Atas dasar itu, lidah budaya akan berfungsi dengan baik apabila terdedah kepada matahari selain tidak melupakan menyiram setiap dua minggu selepas tanah tumbuhan terasa kering.

5. Peace lily

Peace lily digelar sebagai loji pembersih udara dan tersenarai antara tumbuhan terbaik menurut NASA, malah tumbuhan ini dikatakan tidak rumit untuk dijaga dengan menyiramnya apabila daun layu yang biasanya berlaku seminggu sekali.

Para penyelidik mendapati bahawa bunga itu berkesan untuk mengeluarkan toluena dan xilena dari udara, iaitu menyingkirkan hidrokarbon aromatik yang tidak larut dalam air dengan bau seperti pelarut cat dalam sesuatu ruang.

Menariknya, bunga ini diketahui lebih suka berteduh dan boleh bertahan lama di dalam bilik walaupun tanpa tingkap, selain ia perlu dielakkan dengan udara sejuk.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain