SELAIN dijadikan bahan tambahan dalam masakan, cuka juga dapat digunakan sebagai bahan pencuci pelbagai barangan di rumah termasuk mencuci pakaian. Namun tidak ramai menggunakan cuka ketika mencuci pakaian kerana bimbang baunya yang kuat akan melekat pada baju.ARTIKEL BERKAITAN: Jimat duit, sangat mudah! Pembersih DIY ini mampu buat rumah anda harum, bersih dan segar Jangan bimbang, pakaian bukan sahaja tidak akan berbau cuka tetapi ini beberapa manfaat menggunakan bahan itu ketika mencuci pakaian anda. 1. Mengekalkan warna Menambahkan setengah cawan cuka putih ketika membilas pakaian akan menghilangkan sisa sabun yang membuatkan pakaian berwarna hitam tidak kelihatan kusam. 2. Menghilangkan bau asap Jika pakaian anda berbau seperti rokok atau asap jerebu, tambahkan sahaja setengah cawan cuka ke dalam mesin basuh ketika mencuci. Ia mampu menanggalkan semua bau-bau yang melekat pada pakaian anda. 3. Menghilangkan kotoran ketiak baju Penggunaan deoderan boleh menyebabkan bahagian ketiak baju berwarna kuning tetapi dengan menyental sabun pencuci dan cuka ke bahagian itu, ia boleh menghilangkan kesan itu dengan cepat. Bagi mendapatkan kesan yang lebih baik, rendam pakaian yang sudah disental ke dalam bekas berisi air selama 10 minit sebelum dimasukkan ke dalam mesin basuh. 4. Membersihkan mesin basuh Mesin basuh adalah antara tempat yang paling kotor kerana bakteria dan kotoran ketika mencuci baju akan melekat di celah-celah dan menyebabkan cucian seterusnya tidak bersih sepenuhnya. Selain menggunakan serbuk pencuci mesin basuh, cuka juga boleh digunakan untuk mencuci mesin basuh dan hasilnya cukup menakjubkan. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI