suria

[VIDEO] Lagu ‘Bangga’ gandingan B-Heart dan Andy Flop Poppy cara Perkeso hargai golongan pekerja

Lagu Bangga mengajak setiap rakyat Malaysia untuk bersama-sama merasa bangga dengan sumbangan mereka sebagai pekerja.

PERANAN golongan pekerja sebagai rakan strategik dalam membangunkan ekonomi negara selama ini wajar mendapat pujian dan penghormatan.

Tanpa mereka, pelbagai sektor ekonomi tidak dapat digerakkan.

Justeru sempena sambutan Hari Pekerja 2022, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) tampil menerbitkan sebuah lagu dan video muzik (MV) berjudul Bangga.

ARTIKEL BERKAITAN: Hari Pekerja: Adakah masih relevan bekerja dari rumah?

Bangga yang menampilkan gandingan dua penyanyi tempatan B-Heart dan Andy Flop Poppy dihasilkan untuk mengajak orang ramai agar sama-sama memberi penghormatan kepada golongan pekerja di negara ini.

TONTON MV BANGGA!

Menurut Ketua Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed, mereka percaya golongan pekerja memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan ekonomi negara.

"Justeru pemilihan tema ‘Pekerja Tonggak Keluarga Malaysia Dalam Pemulihan Negara’ bersesuaian untuk sambutan Hari Pekerja pada tahun ini.

"Ia bagi meraikan sumbangan mereka yang menjadi tonggak negara bangun semula apalagi setelah mereka menempuh pelbagai cabaran sepanjang berkhidmat ketika tempoh pandemik.

IMG_1871

B-Heart dan Andy Flop Poppy bersama Perkeso menghasilkan karya berjudul Bangga.

"Adalah sewajarnya untuk kita menghargai dan merasa berbangga dengan usaha serta pengorbanan yang dilakukan oleh semua daripada golongan pekerja kepada negara," katanya kepada mStar.

Tambah Mohammed Azman, lagu Bangga juga dihasilkan bagi menerapkan perasaan bangga dalam diri setiap masyarakat yang merupakan golongan pekerja dalam sektor masing-masing.

"Segala usaha yang dicurahkan ini bukan sahaja telah memberikan manfaat dalam pelbagai aspek kepada setiap daripada kita sebagai rakyat Malaysia, tetapi lebih daripada itu.

Sewajarnya kita menghargai dan merasa berbangga dengan usaha serta pengorbanan golongan pekerja kepada negara.

DATUK SERI DR MOHAMMED AZMAN

KETUA EKSEKUTIF PERKESO

"Seharusnya ini dijadikan inspirasi yang meniupkan semangat serta memperkukuhkan keazaman buat diri kita untuk turut sama menyumbang dan memberikan yang terbaik kepada negara.

"Bangga juga mengajak setiap rakyat Malaysia, yang juga merupakan golongan pekerja dalam bidang dan konteks masing-masing untuk bersama-sama merasa bangga dengan sumbangan mereka dalam pembangunan dan kemajuan negara," katanya.

Sementara itu Ketua Pegawai Komunikasi dan Hal Ehwal Korporat Perkeso, Izad Raya berkata lagu Bangga merupakan hadiah kepada rakyat Malaysia yang bergelar pekerja.

450B6214-2AC7-4A6D-9E7D-930CD794B712

Lagu Bangga dihasilkan bagi menghargai setiap golongan pekerja dalam negara.

"Lagu ini dicipta oleh SAPH dan Cliq dengan liriknya ditulis sendiri oleh B-Heart dan juga Jamal Raslan. Ia berjaya disiapkan dalam tempoh dua minggu.

"Inspirasi untuk menghasilkan hadiah istimewa ini bangkit apabila kami mengimbau kembali dugaan pandemik yang melanda negara sejak awal tahun 2020.

"Harapan kami, hadiah istimewa ini juga akan turut memberikan inspirasi dan semangat kepada semua golongan pekerja untuk bangkit kembali membina kerjaya dan kehidupan mereka di pasca pandemik ini dan terus menjadi tonggak kepada pemulihan Negara," katanya.

Video muzik Bangga yang dilancarkan pada 30 April lalu boleh ditonton di semua saluran media rasmi Pertubuhan Keselamatan Sosial seperti Facebook, YouTube dan Instagram.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain