suria

Nampak macam jijik... ada sebab mengapa kucing gemar hidu dubur si bulus lain, jangan cuba halang!

Ada beberapa sebab mengapa kucing gemar menghidu dubur kucing lain.

KETIKA melihat kucing anda begitu asyik menghidu dubur si bulus yang lain, pasti anda merasakan ia perbuatan yang aneh dan menjijikkan.

Namun, apabila anda menarik kucing daripada terus melakukan perbuatan tersebut, itu bererti anda sudah mengganggu perilaku sihat yang sering dilakukan si bulus.

ARTIKEL BERKAITAN: Kucing kuat berdengkur? Rupanya itu tanda si bulus bahagia, boleh juga rawat luka dalaman

Pasti ada yang tertanya-tanya, mengapa kucing gemar menghidu dubur antara satu sama lain, bukan?

maxresdefault

Perbuatan itu adalah salah satu bentuk komunikasi di antara kucing.

Animal Wised menjelaskan kucing memiliki bentuk bahasa yang berbeza daripada manusia meskipun ia mampu mengeluarkan suara tetapi bentuk komunikasi utama mereka adalah menerusi bahasa tubuh.

Bahasa tubuh seekor kucing boleh ditafsirkan dalam pelbagai bentuk termasuklah ikatan kepercayaan, persahabatan, kasih sayang, ia sedang marah dan sebagainya.

Berbalik kepada perbuatan kucing menghidu dubur kucing lain, ia sebenarnya adalah cara mereka menyapa antara satu sama lain.

kucing-mengendus-bokongjpg-20210428081054

Pelbagai perkara boleh disampaikan dengan hanya menghidu dubur kucing lain.

Tidak hanya menyapa, kucing juga bertukar informasi antara satu sama lain ketika melakukan perbuatan itu.

Ketika kucing menghidu dubur si bulus lain, mereka mengungkapkan tentang kesihatan dirinya, dari mana mereka datang, apakah ia aktif secara seksual dan sebagainya.

Jadi, kehidupan sosial kucing tidak sama seperti manusia dan kerana itu kita tidak pernah melihat ia berjabat tangan dengan kucing lain, berbual atau bercium dan berpelukan saat bertemu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain