suria

Tak payah bazir beli pencuci khas, guna sabun baju pun boleh! Senang nak sental karpet, atasi masalah sinki tersumbat

Serbuk pencuci pakaian juga boleh digunakan untuk mencuci kesan minyak.

BIASANYA serbuk pencuci pakaian hanya digunakan untuk membasuh pakaian meskipun sebenarnya bahan itu juga boleh digunakan untuk membersihkan pelbagai benda lain.

Tidak hanya mempunyai pelbagai kegunaan ia juga boleh menjimatkan kerana tidak perlu membeli pelbagai jenis bahan pencuci di rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Cuaca panas melampau! Masa untuk miliki pendingin hawa mudah alih... Paling penting cepat sejuk, jimat elektrik

Berikut adalah beberapa kegunaan lain serbuk pencuci pakaian yang mungkin anda tidak ketahui.

629972dfa7d6f

1. Pembersih serbaguna

Serbuk pencuci pakaian mempunyai pelbagai kegunaan seperti membersihkan permukaan meja dan jubin, mengemop lantai, mencuci bilik air dan sebagainya.

Caranya juga cukup mudah, hanya gunakan satu perempat serbuk pencuci pakaian ke dalam 15 liter air sebelum digunakan untuk mencuci.

Bagi mendapat kesan lebih baik seperti menyental bilik air atau jubin, campurkan juga sedikit peluntur.

Karpet

2. Mencuci kotoran permaidani

Jika sebelum ini ramai menyarankan menggunakan serbuk penaik untuk mencuci kotoran pada karpet, serbuk pencuci pakaian juga boleh digunakan.

Hanya perlu taburkan sedikit serbuk pencuci ke bahagian yang kotor dan biarkan ia menyerap sebelum menyentalnya menggunakan kain dan air bersih.

Anda juga boleh mencampurkan serbuk pencuci dengan serbuk penaik bagi kotoran lebih teruk seperti kesan tumpahan kopi atau minyak.

3. Menghilangkan kesan minyak pada lantai

Jika dilihat kawasan lantai di tempat parkir kereta di rumah, mata pasti sakit melihat tumpahan minyak hitam selain kesan tayar.

Pencuci lantai tidak cukup kuat untuk menghilangkan kesan itu tetapi dengan menggunakan serbuk pencuci pakaian bukan perkara mustahil.

Caranya juga mudah, basahkan lantai dan tempat kesan kotoran sebelum taburkan serbuk pencuci pakaian di kesan minyak dan biarkan seketika untuk membolehkan bahan itu menyerap.

Berus lantai anda seperti biasa dan anda pasti akan terkejut kotoran akan keluar tanpa perlu bersusah-payah menyental.

Sinki

4. Menyelesaikan masalah sinki tersumbat

Jika saluran air tersumbat dan tidak mempunyai produk sesuai bagi menyelesaikan masalah itu, serbuk pencuci pakaian boleh menjadi penyelamat.

Taburkan serbuk pencuci ke dalam saluran air, biarkan seketika sebelum curahkan air panas dan masalah pun selesai.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain