suria

Elak ikan channa stres, pemilik baharu boleh cuba tip mudah dikongsi pencinta haiwan ini

Antara spesis ikan channa yang terdapat di Asia.

BAGI peminat ikan channa, mendapatkan spesis yang rare adalah sangat susah melainkan ia dibeli daripada pembekal 'bertauliah'.

Jika sekadar spesis kampung seperti haruan, boleh sahaja dapatkannya di bendang atau tali air.

ARTIKEL BERKAITAN: Macam ada yang tak kena... isteri seram tengok Channa ditangkap suami jauh di atas bukit tak tenang waktu malam! Segera lepaskan 27 ekor ke sungai

Namun spesis yang berwarna biru, kuning atau merah dengan nama-nama saintifik yang unik seperti channa amphibeus berasal dari Sungai Chel di Butan, India.

Maka tidak hairanlah apabila harganya mencecah ribuan ringgit selain berjaya menembusi pasaran antarabangsa.

Ikan channa yang bervariasi dinilai berdasarkan jenis, warna, lokaliti dan corak pada sisiknya.

Bagaimanapun, jika dibeli menerusi kaedah kurier, ikan cenderung untuk mati kerana stres.

Oleh itu, ketahui beberapa tips bagi 'menjinakkan' ikan berkenaan sebagai pemilik baharu.

Channa amphibeus berasal dari Butan di India.

Channa amphibeus berasal dari Butan di India.

Menurut Faiz Razmi yang merupakan pencinta ikan hiasan berkenaan, ikan yang berada dalam keadaan tekanan akan ulang alik berenang tanpa henti di dalam tong, oleh itu ia perlu dipindahkan ke bekas lain yang lebih sesuai seperti akuarium.

Katanya, kesabaran yang tinggi perlu untuk memelihara ikan channa kerana ia merupakan spesis rare, walaupun berasal dari habitat luar namun ia mudah mati jika tidak dipelihara dengan baik.

Tambah Faiz, tiga hari pertama adalah sangat penting bagi memastikan ikan dapat sesuaikan diri dengan situasi semasa.

Hari pertama

- Ikan berada dalam keadaan stres dan enggan makan.

- Oleh itu, ia perlu diletakkan dalam tong gabus yang disertakan dengan lampu bagi tujuan menjadikan air lebih suam pada waktu malam. Tong juga hendaklah boleh ditutup.

- Air pula perlu dibersihkan tanpa klorin dengan memasukkan secubit garam bersama pati kepatang serta sehelai daun ketapang supaya ikan dapat bersembunyi di bawahnya.

Hari kedua

- Ikan masih akan berselindung di bawah daun tetapi ia sudah berani untuk keluar 'melawat' kawasan.

- Pemilik boleh cuba menghulur makanan seolah-olah tanda perkenalan.

- Jika ikan masih tidak mahu makan, boleh letakkan saja makanan seperti cacing bersaiz kecil dan tutup kembali bekas tersebut.

- Keluarkan daun ketapang supaya ikan channa biasa dengan persekitarannya.

Hari ketiga

- Ikan akan aktif berenang secara normal dan tidak lagi berada dalam stres.

- Pemilik boleh cuba bermain dengan ikan serta memberi makan.

- Pada hari ketiga, kebiasaannya ikan channa sudah 'pandai' meminta makanan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain