suria

Cantik dipandang, udang lipan kini jadi haiwan hiasan... Tapi awas, kalau bergaduh kaca akuarium pun boleh pecah!

Kecantikan mantis shrimp pasti mengagumkan

KEBIASAANNYA udang lipan atau mantis shrimp dijadikan hidangan istimewa kerana rasanya yang manis dan lebih sedap jika dibandingkan dengan udang biasa mahupun ketam.

Namun jika melihat spesies lain bagi kategori udang lipan, pastinya anda akan berfikir beberapa kali sebelum menikmatinya.

Mana tidaknya, terdapat kira-kira 450 spesis mantis shrimp yang dijumpai dan kebanyakannya mempunyai warna-warna yang cantik serta pelbagai saiz mahupun bentuk.

Spesies yang sering dijadikan hidangan adalah white mantis shrimp kerana ia hanya berwarna putih dan jernih serta mudah dijumpai di perairan Malaysia.

Selain warna yang memukau, bentuk uniknya membuatkan penghobi leka.

Selain warna yang memukau, bentuk uniknya membuatkan penghobi leka.

Bagi kategori rare seperti parasquilla serussaca mahupun peacock mantis shrimp pula, ia hanya terdapat di perairan Lautan Pasifik dan Lautan Hindi.

Mereka yang ingin memilikinya perlu mengimport haiwan tersebut dari negara terlibat.

Menurut pemilik syarikat MalayaExoticPets, Muhammad Luqman Hakim Bin Abdul Halim, spesis mantis shrimp yang paling popular dijadikan haiwan hiasan di Malaysia adalah peacock mantis shrimp kerana mempunyai pelbagai gabungan warna termasuk biru, hijau dan merah.

"Penjagaannya juga senang dan simple selain tidak mudah mati kerana ia sejenis haiwan yang tahan lasak serta 'ganas'... yang penting kena jaga tahap amonia dan tahap kemasinan dalam air.

Luqman memulakan operasi syarikatnya sejak tiga tahun lalu.

Luqman memulakan operasi syarikatnya sejak tiga tahun lalu.

"Airnya juga tak perlu tukar dalam kadar yang tinggi, hanya 30 peratus daripada saiz bekas dalam masa satu minggu sekali.

"Ia juga boleh dibela bersama haiwan lain di dalam akuarium kecuali spesies kerang atau tiram kerana itu adalah makanannya. Yang penting haiwan yang ingin diletakkan bersama mestilah daripada akuatik marin laut.

ARTIKEL BERKAITAN: Elak ikan channa stres, pemilik baharu boleh cuba tip mudah dikongsi pencinta haiwan ini

"Selain unik dan berwarna-warni, tabiat haiwan ini juga membuatkan peminatnya leka. Iyalah, ia akan menumbuk cengkerang siput bagi mendapatkan isi yang merupakan makanannya," ujarnya yang sudah beroperasi lebih tiga tahun di Pulau Pinang.

Sebagai pengumpul dan penternak peacock mantis shrimp, Luqman mengakui ia sukar untuk diperoleh malah katanya, dia sering kehabisan stok kerana permintaan terhadap haiwan hiasan itu semakin meningkat.

Peacock mantis shrimp antara haiwan hiasan akuarium yang semakin mendapat tempat di Malaysia.

Peacock mantis shrimp antara haiwan hiasan akuarium yang semakin mendapat tempat di Malaysia.

Menariknya, haiwan ini boleh membesar sehingga tujuh inci.

Harga jualan pula bergantung kepada jenis dan saiz yang mana paling murah bernilai RM80.

Tambah Luqman, bagi penggemar mantis shrimp, mereka dinasihatkan supaya hanya membela seekor sahaja dalam satu-satu masa kerana haiwan tersebut cenderung untuk bergaduh kerana berebut ruang.

Ia juga berupaya memecahkan kaca akuarium menerusi 'tumbukan' kerana mempunyai dua senjata utama iaitu tumbukan dan cakaran.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain