suria

Perbandaran lestari, Resort Residence 2 serlahkan kediaman resort mewah

Lakaran artis pintu masuk ke kediaman resort mewah Resort Residence 2.

HAMPIR sedekad pemaju yang berpangkalan di Seremban, Matrix Concepts Holdings Berhad mula memperkenalkan perbandaran lestari, Bandar Sri Sendayan di Negeri Sembilan pada 2004.

Berkeluasan 2538.188 hektar (6,272 ekar), Bandar Sri Sendayan terdiri daripada komponen kediaman, komersial, institusi dan juga perindustrian serta riadah.

Terletak di tengah-tengah perbandaran ini adalah parcel kediaman premium terkini dan terakhir Resort Residence 2 yang memenuhi gaya hidup penduduk dan kawasan yang merangkumi kemudahan runcit yang mencukupi, hab pendidikan, rekreasi outdoor dan taman gaya hidup.

Menurut Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran Matrix Concepts, Lim Kok Yee, visi untuk Bandar Sri Sendayan adalah menjadi sebuah bandar berdikari, dengan pelancaran kira-kira 1,500 unit hartanah kediaman setiap tahun.

"Bandar Sri Sendayan kini mempunyai 55,000 penduduk dan jumlah ini dijangka meningkat kepada 120,000 apabila pembangunan siap sepenuhnya.

"Pada masa ini, diharapkan Bandar Sri Sendayan akan menjadi tumpuan utama di Seremban di mana masyarakat dapat hidup, bekerja dan bermain secara harmoni.

"Kami percaya masih terdapat permintaan yang sihat untuk hartanah dengan harga berpatutan dan berkualiti premium di pasaran.

"Resort Residence 2 disasarkan untuk dilancarkan pada Ogos ini dan kami yakin parcel ini akan mendapat sambutan," katanya.

Resort Residence 2 2

Lakaran artis taman tasik di Resort Residence 2.

Perbandaran serba lengkap

Kediaman sebelumnya, Resort Residence, juga mencapai status habis terjual dan sedang dalam pembinaan meliputi 366 unit rumah bersambung - semuanya mencetuskan suasana kediaman resort yang menakjubkan.

"Sama seperti fasa sebelumnya, Resort Homes iaitu Elymus, Allysum dan Lunaria, Crisantha, semuanya menekankan persekitaran tempat tinggal resort, menyediakan kemudahan dan fasiliti eksklusif seperti taman tasik, trek joging, taman permainan, gelanggang serbaguna dan gazebo.

"Sekuriti yang sangat baik serta reka bentuknya yang moden dan kontemporari menandakan taraf hidup yang tinggi di kawasan enklaf Resort Homes.

"Bagi konfigurasi rumah, setiap unit dilengkapi dengan bilik tidur yang luas berserta bilik mandi en-suite yang menyerlahkan kemewahan privasi dan kedekatannya," katanya.

Tambah beliau, kejayaan Bandar Sri Sendayan disebabkan oleh kesalinghubungan yang hebat, di mana penduduk boleh mengakses lebuh raya utama dengan mudah, termasuk Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Seremban-Port Dickson.

"Perbandaran itu kini sudah mantap bukan hanya zon kediaman matang, tetapi juga komponen komersial, institusi, industri berteknologi tinggi, pertanian dan riadah.

"Melangkah ke hadapan, pemaju induk mempunyai rancangan untuk meningkatkan lagi kebolehtinggalan perbandaran dengan membangunkan pusat beli-belah, pejabat dan hospital," katanya.

Parcel yang terakhir

Rasai pengalaman parcel kediaman premium terakhir yang elegan dan mempesonakan dengan Resort Residence 2 di Bandar Sri Sendayan.

Bakal pemilik rumah akan dapat menikmati pelbagai kemudahan kerana perbandaran lestari yang mempamerkan kemewahan dan keselesaan.

Mereka akan diberi akses mudah ke taman tasik seluas 2.5 hektar di presint itu, yang menawarkan kemudahan seperti rumah pokok, island deck, laluan pejalan kaki, taman permainan kanak-kanak, laluan refleksologi, kawasan barbeku outdoor, gelanggang badminton, sunken seating dan gim serta landskap air.

"Pada masa ini, semua keperluan, kemudahan dan infrastruktur telah disediakan. Antaranya seperti Country Club d'Tempat kami, Hotel Butik d'Sora, Sekolah Global Matrix, sekolah kebangsaan seperti SMK, SJK(C) dan SJK(T) Bandar Sri Sendayan, X-Park, Green Park, Masjid Sendayan, surau, kuil India, kuil Sikh, gereja, bank, kedai makanan segera," katanya.

Resort Residence 2 3

Lakaran artis taman tasik Resort Residence 2 yang dilengkapi pelbagai kemudahan seperti rumah pokok, island deck, laluan pejalan kaki, taman permainan kanak-kanak, laluan refleksologi, kawasan barbeku outdoor, gelanggang badminton, sunken seating, gim dan landskap air.

Selain itu, Matrix Concepts meningkatkan tumpuan untuk membina pengalaman komuniti holistik, bekerjasama dengan Joey Yap Consulting Group untuk menyesuaikan feng shui Resort Residence 2.

"Mereka mengenal pasti bahawa formasi feng shui khas di mana bukit di sekitar timur sesuai untuk menyokong matlamat pengumpulan kekayaan penduduk.

"Selain itu, terdapat bukit unik lain di sini yang dikenali sebagai 'Greedy Wolf Mountain' yang bertuah dalam feng shui klasik, menyediakan penghuni masa depan dengan potensi untuk status yang lebih tinggi, kehormatan dan kehidupan yang lengkap," katanya.

Tambah Kok Yee, Resort Residence 2 dikelilingi oleh tenaga feng shui yang ideal untuk mereka yang ingin menetap atau melabur di sini.

"Dalam feng shui, elemen air adalah komponen penting dalam peluang dan keupayaan untuk menjana wang.

"Joey Yap Consulting Group juga mengenal pasti tasik di sebelah utara Resort Residence 2 sebagai mempunyai lokasi dan berkualiti yang sesuai untuk berada di lokasi paling harmoni untuk kitaran tenaga Period 9 (2024-2043).

"ni akan membolehkan pembangunan itu maju dan berkembang untuk 20 tahun akan datang - satu aspek utama bagi pelabur yang ingin melabur ke arah pertumbuhan itu," tambahnya.

Matrix menjadikannya berdikari

Matrix Concepts yang diperbadankan pada 1996, merupakan syarikat pembangunan hartanah komersial dan kediaman, disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia Securities Berhad pada 28 Mei 2013.

Ia terdiri daripada lima segmen perniagaan iaitu pembangunan hartanah, pembinaan, pendidikan, hospitaliti dan penjagaan kesihatan, dengan projek pembangunan hartanahnya di wilayah tengah dan selatan Malaysia serta di Melbourne, Australia.

"Projek-projek Matrix menepati slogannya iaitu 'Nurturing Environments, Enriching Lives' dengan menjadi pemaju komuniti yang prihatin, menyediakan pendidikan yang unggul dan berkualiti untuk generasi akan datang dan membentuk komuniti lestari bersepadu dalam semua pembangunan," katanya.

Resort Residence 2 4

Lakaran artis persekitaran mendamaikan di Resort Residence 2.

Dengan kepakaran selama tiga dekad serta portfolio yang cemerlang dalam pembangunan hartanah, pembinaan, pendidikan, hospitaliti dan penjagaan kesihatan, Matrix Concepts menjangkakan ia berkembang pada tahun hadapan.

"(Kami) menjangkakan jualan hartanah akan mencecah RM1.2 bilion pada Tahun Kewangan 2023, yang dirangsang oleh kadar pengambilan produk kami yang berterusan, terutama di perbandaran utama Bandar Sri Sendayan, serta disebabkan ancaman Covid-19 yang rendah dari segi penutupan operasi.

"Matrix Concepts percaya ia berada pada kedudukan yang baik untuk mencatatkan prestasi kukuh pada tahun kewangan ini; di mana sasaran jualan hartanah baharu juga sepadan dengan prestasi yang dilaporkan pada tahun kewangan 2022, baru-baru ini.

"Kumpulan ini akan mencari peluang kerjasama bagi mengukuhkan lagi cadangan nilainya serta mendapatkan tanah berkualiti untuk pembangunan pada Tahun Kewangan 2023 sebagai sebahagian daripada strategi pertumbuhannya," kata Kok Yee.

Maklumat lanjut, layari www.resortresidence2.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain