ASPEK pencahayaan merupakan elemen penting bagi setiap ruang termasuk kediaman. Oleh kerana ia dapat mempengaruhi emosi dan perasaan setiap penghuni, maka tidak hairanlah apabila konsep sama turut diterapkan di restoran mewah dan hipster bagi menyentuh emosi pelanggan. Lebih banyak kawalan yang anda miliki ke atas pencahayaan, ia akan memberi kesan lebih baik. Dengan beberapa sumber cahaya yang berbeza juga, anda dapat mengubah suasananya dengan mudah agar sesuai dengan mood yang diingini di samping bersesuaian di setiap sudut dan ruang. Namun, anda pastinya bimbang dengan kos perbelanjaan bulanan tenaga elektrik akibat penggunaan cahaya yang banyak di setiap sudut rumah. Usah khuatir kerana EcoLink menepati keperluan dan impian setiap penghuni yang mementingkan suasana serta menjadikan rumah sebagai ruang rehat pilihan, yang pasti diperakui oleh SIRIM. Merupakan peneraju dalam pencahayaan, ia sememangnya dicipta dengan visi untuk menerangi ruang melalui teknologi maju dengan harga yang kompetitif. Menerusi rangkaian lampu EcoLink, rekaan ini khusus untuk menahan voltan drastik turun naik berasaskan Teknologi VoltSafe, malah merupakan produk yang mampu bertahan lama, cekap tenaga dan mudah didapati kerana harga ‘mesra poket’. Bagi Ketua Pegawai Eksekutif, Signify Malaysia atau sebelum ini dikenali sebagai Philips Lighting iaitu Sukanto Aich, EcoLink diilhamkan dengan visi untuk menerangi ruang melalui produk yang menjimatkan tenaga dengan harga mampu milik. Penyelesaian pencahayaan yang inovatif untuk ruang luar. "Sebagai peneraju dunia industri pencahayaan, EcoLink diilhamkan dengan visi untuk menerangi ruang melalui produk berteknologi maju lagi menjimatkan tenaga dan harga mampu milik kepada semua rakyat Malaysia. “Pencahayaan adalah asas penting dalam kehidupan seharian kita, dan berjuta-juta pengguna Malaysia akan mendapat manfaat dengan tenaga melalui produk pencahayaan yang cekap daripada syarikat pencahayaan yang dipercayai di peringkat global yang mesra alam sekitar," katanya. Sebagai sebahagian daripada portfolio, EcoLink menawarkan pelbagai jenis pencahayaan berkualiti yang komprehensif, produk yang cekap tenaga dan diperakui SIRIM. "Kami adalah jenama rakyat. Kami mahu menjadikan pencahayaan berkualiti boleh diakses oleh semua dan sangat teruja untuk bekerjasama dengan KVC Industrial Supplies Sdn Bhd sebagai pengedar Malaysia kami untuk EcoLink. “Dengan Rangkaian pengedaran omnichannel, ia membolehkan EcoLink untuk menyediakan pencahayaan mampu milik kepada semua orang," tambah Sukanto. Dalam pada itu, Sukanto berkata, produk EcoLink juga dilengkapi dengan sistem penjimatan tenaga dan mengurangkan kesan pancaran UV mahupun IR. “Sebagai syarikat neutral karbon 100 peratus, kami mahu menggandakan kesan positif terhadap alam sekitar dan masyarakat. “Produk EcoLink dilengkapi dengan penjimatan tenaga kepada kedua-dua rumah dan perniagaan sehingga 90 peratus. Selain itu ia bukan hanya memberi impak dalam jangka masa pendek tetapi mampu mengurangkan lagi sisa dalam jangka masa panjang,” tambah Sukanto. Portfolio EcoLink menampilkan pelbagai pilihan produk, daripada mentol LED dan lampu bawah kepada highbays dan kalis air yang memenuhi semua jenis aplikasi dalaman mahupun luaran. Produk EcoLink hadir dengan ciri berikut: 1- Teknologi Voltsafe yang memastikan perlindungan lonjakan 2.5kV dengan perlindungan voltan yang luas antara 160V dan 360V. 2- Direka untuk mengurangkan kerengsaan pada mata tanpa kerlipan dan mengurangkan kesan pancaran UV mahupun IR. 3- Jaminan sehingga 2 tahun untuk semua rangkaian produk EcoLink. 4- Diperakui SIRIM untuk semua produk yang memastikan prestasi dan pematuhan keselamatan. Untuk maklumat lanjut, butiran produk dan spesifikasi, sila klik di SINI Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI