suria

Ais krim rasa masin? Langkau imaginasi anda dengan inovasi baharu sempena Hari Kicap Sedunia

Edisi terhad Aiskrim Karamel Kicap hanya dalam bulan Oktober.

AIS KRIM Karamel Kicap! Pasti anda semua tertanya-tanya bagaimana rasa hidangan pemanis mulut yang unik ini.

Gabungan kicap dalam ais krim yang terhasil menerusi kerjasama istimewa antara Hamadaya dengan jenama ais krim artisan tempatan, Inside Scoop semestinya menguji daya imaginasi anda.

Namun jangan khuatir, perisa edisi terhad yang dihasilkan berasaskan inovasi terkini bagi sambutan Hari Kicap pada 1 Oktober menjanjikan rasa yang sangat mengujakan dan menepati citarasa rakyat Malaysia.

Hanya boleh didapati selama sebulan bermula 1 hingga 31 Oktober 2022, formula sempurna Aiskrim Karamel Kicap diperakukan halal dengan perisa kicap Hamadaya tanpa sebarang perisa atau pengawet tiruan.

Jadi jangan tunggu lagi, dapatkan Aiskrim Karamel Kicap ini di outlet Inside Scoop yang berdekatan dan rasai sendiri kelazatan ais krim berperisa kicap yang unik sementara stok masih ada!

Berkongsi mengenai inovasi perisa ais krim tersebut, Naib Presiden Pemasaran Hamadaya/Heritage Foods, Lili Ho berkata, jenama kicap premium Jepun dengan kerjasama Inside Scoop begitu komited untuk menghidangkan ais krim berperisa kicap edisi terhad buat penggemar kedua-dua jenama sempena Hari Kicap Sedunia awal bulan ini.

Katanya, Hamadaya memikat hati pengguna pasaran tempatan menerusi rangkaian kicap dan sos tiram premium halal yang boleh didapati di kebanyakan pasar raya di seluruh negara serta secara dalam talian di Shopee dan Lazada selepas menembusi pasaran Malaysia pada pertengahan 2021.

Justeru, menerusi kerjasama edisi terhad ini, Kicap Perasa Hamadaya digunakan sebagai ramuan utama oleh Inside Scoop bagi menghasilkan formula sempurna Aiskrim Karamel Kicap.

Keunikan Aiskrim Karamel Kicap pasti mengujakan.

Keunikan Aiskrim Karamel Kicap pasti mengujakan.

Malah, ia berjaya dihasilkan selepas kaji selidik serta pelbagai sesi uji kaji dalam tempoh enam bulan.

"Berdasarkan maklum balas pelanggan selama kami berada dalam industri, kami percaya kerjasama begini akan menarik perhatian kumpulan pelanggan Hamadaya dan Inside Scoop.

"Memandangkan elemen kebudayaan Jepun diterima dan disambut dengan amat baik dalam masyarakat Malaysia selama ini, maka, masanya telah tiba untuk kami menghidangkan inovasi sebegini kepada pasaran tempatan," katanya.

Berkongsi sentimen yang sama, Pengasas Bersama Inside Scoop, Edmund Tan berkata, sebagai sebuah jenama Malaysia yang berjaya menghasilkan pelbagai perisa lain secara kecil-kecilan sebelum ini, pihaknya sentiasa terbuka untuk mencuba perisa-perisa baharu yang berupaya memikat pelanggan.

"Kami sentiasa mencuba perkara-perkara baru dalam perisa yang kami hasilkan dan pada masa sama memenuhi selera dan rasa ingin tahu pelanggan-pelanggan kami," jelasnya ringkas.

Dalam pada itu, kedua-dua jenama ini berharap agar kolaborasi yang dilakukan itu dapat menginspirasikan jenama-jenama tempatan yang lain untuk memanfaatkan antara satu sama lain bagi memartabatkan sektor ekonomi tempatan.

Hamadaya juga merancang untuk melancarkan lebih banyak produk baharu yang mengujakan menjelang hujung tahun ini.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain