INGIN borong sakan di China tapi bimbang mata wang yang ditukar tidak mencukupi? Anda kini boleh menarik nafas lega kerana transaksi pembayaran tanpa tunai menggunakan Touch ‘n Go eWallet (TNG eWallet) boleh dilakukan di sana. ARTIKEL BERKAITAN: Labur sikit, pasang dashcam dalam kereta... Ini 4 peranti pilihan siap spesifikasi sebagai panduan Merupakan e-dompet pertama Malaysia yang menembusi pasaran China menerusi kerjasama Alipay+, anda hanya perlu memuat turun aplikasi AliPay dan mendapatkan AliPay Tour Pass. Dengan adanya pas yang juga kad prabayar maya itu, anda hanya perlu menambah nilai sebelum menggunakannya dan paling minimum adalah CNY100 (sekitar RM65) manakala amaun maksimum CNY2,000 (sekitar RM1,306). Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital, Alan Ni, pihaknya berbesar hati meneruskan perkongsian dengan Alipay+ bagi penyelesaian pembayaran rentas sempadan sekali gus mengembangkan wilayah perkhidmatan melangkaui Singapura, Jepun dan Korea Selatan. Alan (kanan) bersama Presiden Perniagaan Antarabangsa Kumpulan Ant, Angel Zhao. "Touch 'n Go eWallet ialah e-dompet Malaysia pertama boleh digunakan untuk pembayaran di China. Ini petanda baik untuk pengguna kami yang melancong ke sana kerana mereka menikmati kemudahan membuat pembayaran tanpa tunai dan dalam Ringgit Malaysia," katanya. Sejak enam bulan lalu, Alipay+ mendapat tempat di pasaran termasuk Asia Tenggara, Korea Selatan dan Jepun. Perkhidmatan itu menghubungkan pedagang tempatan dan serantau dengan pelbagai kaedah pembayaran digital. China menjadi destinasi terbaharu pengguna Touch 'n Go eWallet Malaysia dalam usaha untuk meningkatkan pengalaman pembayaran yang lancar dan mudah untuk pelawat antarabangsa menjelang Sukan Asia Hangzhou. Liputan pedagang global Alipay+ mengikut sektor termasuk lebih 1,000 platform dalam talian, lebih 10 lapangan terbang utama, lebih 90,000 kedai serbaneka, lebih 360,000 restoran, hampir 200,000 teksi dan jenama hotel utama, gedung serbaneka, kedai bebas cukai dan kemudahan pelancong di Asia dan Eropah. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI