suria

Perhatian buat bakal raja sehari... ini 5 tip buat majlis kahwin ‘sweet’ dan indah tanpa bajet besar

Bakal raja sehari perlu bijak membuat perancangan majlis perkahwinan untuk disimpan sebagai kenangan terindah. Gambar hiasan

PERKAHWINAN merupakan detik bahagia yang paling dinanti-nantikan setiap individu untuk meraikan penyatuan jiwa bersama pasangan.

Justeru, perancangan yang rapi sudah semestinya perlu dilakukan agar majlis perkahwinan berjalan lancar, sempurna dan tentunya menjadi kenangan paling manis untuk dikenang.

Bagaimanapun, setiap perincian persediaan untuk majlis walimatul urus ini bergantung kepada bajet masing-masing.

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal pengantin wajib baca! 5 key person ini dapat melancarkan majlis perkahwinan anda

Jangan risau! Bagi anda yang mahukan majlis perkahwinan yang 'intim' dengan bajet yang berpatutan tanpa pembaziran, boleh ikuti tip yang dikongsi oleh wanita bernama Farah Farzana ini.

1. Minimakan tetamu

Perkahwinan Melayu sememangnya sinonim dengan jumlah jemputan yang ramai. Ia tidak menjadi masalah sekiranya mempunyai penaja atau bajet yang banyak.

Oleh itu, cuba jadikan kebiasaan membuat majlis kenduri dengan jemputan 200-300 orang yang terdiri daripada ahli keluarga serta kenalan rapat pasangan. Untuk lebih mudah, buat senarai tetamu.

KAHWIN 2

Pemilihan dewan juga memainkan peranan yang penting agar dekorasi tampak sempurna. Gambar hiasan

2. Venue

Untuk majlis perkahwinan yang intim, tidak perlu cari dewan yang besar. Cukuplah sekadar lokasi yang sesuai, makanan sedap, dilengkapi pendingin hawa dan kemudahan yang sepatutnya. sejuk dan ruang tak suram. Jika ada bajet, gunakannya untuk mencantikkan tempat duduk tetamu. Video dan gambar kahwin pun akan cantik.

3. Doorgift

Bagi doorgift yang sesuai untuk semua jenis umur, pangkat dan darjat. Jangan 'overspend' untuk doorgift.

HANTARAN

Ketika ini sudah banyak perkhidmatan menyewa dulang hantaran yang lebih murah berbanding menyediakannya sendiri. Gambar hiasan

4. Hadkan plus-one

Tetamu boleh bawa plus-one untuk yang sudah berkahwin atau bertunang. Selain itu, tidak perlu untuk menjemput plus-one untuk tetamu yang single. Hanya maklumkan bahawa terdapat limitasi kapasiti dewan.

5. Deko hantaran

Sebaiknya, disarankan untuk menyewa dulang hantaran. Untuk pengetahuan, kos untuk DIY hantaran lebih mahal daripada kos hantar sewa dulang. Ini kerana anda terpaksa membeli bunga dan deko, menghabiskan masa untuk menggubah.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain