suria

Patut la orang Cina jarang renovate, deko rumah... Tapi suka menabung untuk pendidikan, melancong dan makan sedap!

Kebanyakan masyarakat Cina hanya melakukan renovasi pada bahagian yang penting sahaja. Gambar hiasan

MEMILIKI sebuah kediaman yang indah sememangnya menjadi impian setiap orang.

Justeru tidak hairanlah ada sesetengah individu yang tidak lokek memperuntukkan sejumlah wang untuk melakukan dekorasi mahupun renovasi asalkan kediamannya menepati konsep yang diinginkan.

Namun tahukah anda, amalan mendekorasi dan renovasi kediaman merupakan perkara yang sama sekali tidak menjadi keutamaan buat masyarakat Cina.

Perkara itu dikongsikan oleh seorang lelaki mualaf berketurunan Cina, Adam Kelvin di laman Facebook miliknya.

Menurut Adam, masyarakat Cina lazimnya melakukan dekorasi atau renovasi yang sangat minimum, atau pendek kata, hanya mengikut keperluan.

"Orang Cina selalunya jarang renovate rumah bagi nampak grand atau mewah. Hiasan pun sangat minimum. Asalkan fungsi dengan baik, that's it.

"Kalau renovate pun, kami pastikan renovasi yang penting-penting dan amat berguna saja. Contohnya, buat table top dan kabinet dapur atau pun extend ruangan dapur untuk buat laundry.

DEKO 1

Gaya mewah untuk diterjemahkan dalam hiasan dalaman bukanlah kelaziman bagi kebanyakan masyarakat Cina. (Gambar hiasan)

"Dari segi perabot pula, kami tak spend terlalu banyak untuk impress tetamu. Asalkan sofa tu berkualiti dan kemas, dah okay la. Tak perlu nak nampak mewah.

"Meja makan pun simple. Tak ada deko bunga berat-berat atau hiasan atas meja sampai nak runtuh meja makan tu. Yang penting fungsi meja makan tu saja.

"Langsir pun sama. Tak ada nak beli ropol-ropol nampak mewah tu. Just simple dan senang nak basuh. Senang nak maintain," kongsinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Nak beristeri, sila simpan duit! Pemuda dedah buat loan untuk kahwin ‘pantang’ dalam masyarakat Cina

Hiasan dalaman juga tidak terlalu dititikberatkan dekorasinya, kecuali mereka mementingkan cat yang berkualiti agar kemasan dinding kelihatan cantik dan bersih.

"Jarang sangat yang pasang chandelier besar-besar. Dekat siling pun jarang ada ukiran ke apa. Selalunya kosong saja," kata lelaki ini.

Sudah terbiasa dengan kelaziman tersebut, Adam melahirkan rasa hairan apabila ada segelintir individu yang sudah mampu membeli rumah namun tidak menghuninya atas alasan mahu mengumpul duit untuk tujuan renovasi dan dekorasi.

Jarang sangat yang pasang chandelier besar-besar. Dekat siling pun jarang ada ukiran ke apa. Selalunya kosong saja.

ADAM KELVIN

"Banyak rugi... kena bayar sewa dekat luar, pada masa yang sama kena bayar kepada bank duit rumah baru yang tak diduduki.

"Selalunya kami takkan renovate rumah sekali semua. Buat sikit-sikit. Masyarakat kami rasa sayang nak habiskan duit untuk renovate rumah semata-mata.

"Kebanyakan kami tak perlukan validation daripada orang luar yang kami ada banyak duit," kongsinya.

Tambah Kelvin lagi, lazimnya masyarakat Cina akan menghabiskan wang untuk tujuan pendidikan, melancong dan perbelanjaan makanan.

"Wife saya dulu makan je apa semua. Tapi bila berkahwin dengan saya, saya ajar dia nikmati makanan yang sedap.

DEKO 2

Masyarakat Cina hanya 'melabur' untuk hiasan dalaman yang sederhana. Gambar hiasan

"Dia sebelum ni makan tepi jalan je. Asalkan kenyang. Sedap ke tak belakang cerita. Tapi prinsip orang Cina lain sikit. Mahal sikit tak apa. Asalkan sedap dan berkualiti.

"Kemudian, masyarakat kami banyak habiskan duit untuk melancong. Kami suka melancong untuk tambah pengalaman hidup.

"Hidup ni bukan nak puaskan hati orang. Itulah yang ayah saya tanamkan sejak kecil. Rasanya ramai orang Cina pun dididik sebegitu.

"Hidup simple dan beli sesuatu bukan untuk menunjuk tetapi kepuasan atau reward diri selepas berkorban selama ni," kongsinya lagi.

Perkongsian Adam di laman Facebook meraih lebih 12,000 shares.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain