KEBANYAKAN daripada kita sudah terbiasa meletakkan pewangi di atas dashboard kereta. Ya, pewangi masih berfungsi dan mengeluarkan bau apabila diletak atas dashboard tetapi sebenarnya ada cara lebih efektif untuk menjadikan bau kereta lebih harum. Sebenarnya terdapat tempat yang betul dan strategik untuk anda meletakkan pewangi kereta. Menerusi video yang dimuat naik di akaun Tiktok oleh @stdetailingib, pengguna ini berkongsi tip mengenai tempat yang sepatutnya pewangi kereta diletakkan. Jelasnya, tempat sebenar untuk meletakkan pewangi kereta adalah di ruang letak kaki bahagian penumpang hadapan. Meletakkan pewangi di bahagian kaki penumpang hadapan. Ini disebabkan bahagian itulah yang paling dekat dengan aircond kereta. Melihat pada video yang dikongsi oleh pelayar ini, 'nano mist' dipasang dengan meletakkan mesin tersebut di bahagian kaki. Nano mist adalah salah satu cara penyelesaian untuk menghilangkan bau yang kurang menyenangkan, menghapuskan 99.99 peratus bakteria, menghalau serangga kecil seperti lipas dan semut dengan kaedah pewasapan (fogging). Kemudian, udara diserap dari bahagian bawah dan dikeluarkan melalui aircond kenderaan. Perkongsian ini sekali gus menunjukkan mengapa kita perlu mengubah kedudukan pewangi dengan meletakkannya di bahagian kaki tempat duduk penumpang dan kereta anda akan menjadi lebih wangi dari biasa. Ujian udara aircond mengeluarkan bau dari nano mist. Setelah video tersebut menjadi tular, rata-rata warga maya berseloroh memberikan komen mencuit hati. Kebanyakan mereka mula menyedari punca atau dari mana datangnya ‘bau kaki’ yang kurang menyenangkan selama ini. Jadi terus letak pewangi di tempat yang salah, sila ubah kedudukannya sekarang!