KADANG-KADANG dirasakan seperti baru sahaja membeli sabun pencuci pinggan, tapi tanpa kita sedari sudah habis sebotol digunakan. Tapi selepas ini anda mungkin tidak perlu pening kepala lagi kerana rupa-rupanya ada cara untuk menjimatkan sabun cecair cuci pinggan. Seperti petua yang dikongsikan Khalijah Ishak di Facebook, anda hanya perlukan garam! Bahan-bahan yang diperlukan. Katanya ambil satu liter sabun pencuci pinggan dan kemudian bancuh dengan lima liter air garam. Kini anda akan memiliki enam liter cecair pencuci yang tetap berkesan untuk menyental kotoran makanan. Jom tengok langkah-langkah penyediaannya. Bahan-bahan: 1) Sabun pencuci pinggan pekat dengan isi padu satu liter 2) Lima liter air 3) Secawan garam halus Langkah-langkah: 1) Campurkan sabun pencuci pinggan yang berisi padu satu liter ke dalam lima liter air dan secawan garam halus. 2) Bancuhkan, ia akan bertukar menjadi warna hijau muda seperti gambar yang dikepilkan di bawah. Hasil dari campuran akan menghasilkan warna seperti ini yang boleh digunakan untuk mencuci pinggan. Pastinya petua ini boleh menjimatkan duit poket anda daripada membeli sabun pencuci pinggan setiap bulan. Apa kata anda cuba dan lihat sendiri sejauh mana keberkesanannya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube