KAIN buruk merupakan satu keperluan yang cukup penting untuk memastikan ruang dapur dan peralatan memasak sentiasa bersih dan kemas. Jika dulu kain yang sudah lusuh akan digunakan sebagai 'kain buruk' namun kini fabrik penting itu tampil dengan pelbagai teknologi dan dijual dengan harga tinggi. Namun begitu seperti namanya, kain buruk akan cepat menjadi kotor dan berdaki kerana lumrah permukaan dapur yang berminyak selepas setiap kali sesi memasak. Kain yang tidak lagi digunakan biasanya akan dijadikan kain buruk. (Gambar hiasan, Freepik) Adakah kain buruk tersebut harus digantikan dan tidak boleh digunakan semula? Zuraidah Ismail yang kerap berkongsikan ilmu kekeluargaan di laman Facebook ada jawapannya, kain buruk sebenarnya boleh dicuci menjadi bersih semula dengan menggunakan cara-cara ini. Ayuh kita cuba di rumah. Berikut adalah langkah-langkahnya: Kain buruk di dapur akan menjadi kotor selepas beberapa kali digunakan. Sediakan bahan seperti berikut: - Cecair peluntut - Sabun pencuci kain Kain buruk yang kotor akan menyebabkan proses pembersihan menjadi kurang efisien. Cara-cara: 1) Rendam bersama sabun dan cecair peluntur selama dua jam, pastikan kuantiti peluntur dilebihkan. 2) Selepas itu, basuh dalam mesin basuh, putarkan selama beberapa minit. 3) Selesai basuh terus masukkan kain dalam mesin pengering. Jangan bilas dengan air bersih dulu. 4) Apabila sudah kering, rendam semula bersama sabun dan cecair peluntur, letakkannya di dalam rendaman selama beberapa minit. Kain buruk yang telah dibasuh harus dikeringkan terlebih dahulu sebelum dibilas semula. 5) Masuk dalam pengering semula. 6) Angkat dan bilas macam biasa. 7) Keringkan dan jemur. Kain buruk anda kini bersih dan putih seperti baharu. Kini kain buruk anda akan menjadi putih seperti baharu, tidak perlu mencari kain yang lain untuk dikorbankan bagi tujuan mengelap permukaan dapur dan sebagainya. Walaupun ia memerlukan sedikit masa dan kesabaran, tetapi hasil yang diperoleh di penghujungnya adalah berbaloi. Ayuh kita cuba di rumah. - Zuraidah Ismail Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube