TAHUKAH anda api berwarna oren di dapur gas adalah petanda yang tidak baik? Api berwarna oren bermaksud mungkin ada sesuatu yang tidak kena di dalam saluran dapur gas anda sehingga menyebabkan pembakaran tidak efisien. Selain itu, api berwarna oren juga akan meninggalkan jelaga di bahagian bawah kuali dan periuk anda sehingga dan warnanya menjadi kehitaman. Api dapur gas sepatutnya berwarna biru. Jadi apakah caranya untuk mendapatkan api biru semula di dapur gas anda, adakah harus dibeli dapur gas baharu? Tunggu dulu! Kak Nana yang kerap berkongsikan tip kekeluargaan di laman Facebook ada jawapannya untuk permasalahan ini Ayuh kita lihat dan cuba sendiri di rumah. Cara menukarkan api oren di dapur menjadi biru semula: Api berwarna oren di dapur gas bermaksud ada sesuatu yang menyumbat saluran gas anda. Nampak tak api jadi warna oren? Kalau letak periuk atau kuali, tak sampai seminit terus hitam periuk itu. Bahaya sebenarnya! Cara pertama: Buka tungku api, ketuk-ketuk untuk keluarkan segala karat-karat yang terkumpul, bersihkan sisa makanan atau lelehan minyak. Semburkan dengan cecair anti karat (ada dijual kedai alatan seperti Mr D.I.Y). Kemudian pasangkan semula tungku api tersebut. Kalau tak berkesan, boleh cuba cara kedua. Cara kedua: 1) Pusingkan penutup di bawah dapur gas anda seperti yang ditanda dengan anak panah dalam gambar berikut Penutup di bawah dapur gas ini adalah jawapan kepada segala-galanya. 2) Pusing penutup itu sehingga ia tidak menghalang lubang pengudaraan dapur gas anda, lihat gambar di bawah sebagai rujukan Pusingkan penutup sehingga lubang pengudaraan dapur gas anda terbuka semula. 3. Api akan bertukar menjadi biru dan boleh digunakan semula. Tak perlu beli dapur gas baharu. Tak perlu lagi nak pening-pening kepala sental periuk. Alhamdulillah jimat duit. Api dapur gas kini menjadi biru semula. Jangan risau, kalau anda menggunakan dapur gas kaca, boleh cuba tip yang dikongsi oleh pengguna Facebook di bawah ini. Gunakan langkah ini jika anda menggunakan dapur jenis kaca. Namun begitu, jika kesemua langkah di atas sudah dicuba dan api dapur gas anda masih berwarna oren, boleh cuba dapatkan khidmat nasihat daripada juruteknik yang bertauliah. Selain itu berhati-hati ketika anda cuba menyelenggara dapur gas anda, amalkan langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya. - Kak Nana Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube