MENAMATKAN sesuatu acara larian menjadi satu momen yang sukar digambarkan bagi setiap peminat sukan itu kerana ia bersifat peribadi. Maklumlah, setiap orang punya matlamat tersendiri yang ingin ‘dikejar’ tatkala menyertai acara larian sama ada fun run, marathon mahupun trail run. Perkara sama juga terpancar di wajah 97 peserta Ultraboost Light Run yang diadakan pada Sabtu lalu. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Lebih menarik larian sempena pengenalan rangkaian Ultraboost terbaharu iaitu adidas Ultraboost Light ini memberi peluang kepada peserta untuk merasai sendiri inovasi kasut jenama itu. Percaya atau tidak, larian sejauh 4 kilometer (km) di sekitar Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur itu tidak begitu dirasai kerana varian terkini ini mampu memberi pulangan tenaga yang cukup efisyen kepada pelari. ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar tingkatan 6 tak hanyut dalam dunia glamor TikTok, pasang angan-angan nak jadi cikgu sukan... Media sosial hanya ‘side income’ Selain itu Ultraboost Light juga mempunyai tahap responsif yang lebih jitu sesuai dengan keselesaan kusyen yang empuk. Ternyata inovasi dalam Ultraboost Light yang 30 peratus lebih ringan ini cukup menepati keperluan pelari. Peserta Ultraboost Light Run. Peminat Ultraboost sejak teknologi itu mula diperkenalkan 10 tahun lalu pasti sedar tentang kemampuannya untuk berlari dalam jarak yang jauh. Walaupun tahap keselesaannya diperakui baik, namun keberatannya dirasai sedikit mencabar hingga mengehadkan kebolehpakaian pelari. Antara aktiviti sempena pelancaran adidas Ultraboost Light Sabtu lalu. Syukurlah, jenama ini sememangnya mendengar saranan pelari apabila kini terlahirkan Ultraboost Light yang 30 peratus lebih ringan daripada pendahulunya. Komposisi yang diubah suai ini bersedia untuk memberikan keselesaan yang optimum kepada pelari. Jadi tidak hairanlah jika Ultraboost Light diperkaya dengan ciri-ciri yang boleh membantu anda menjadi yang terbaik sama ada untuk mengalahkan personal best (PB) peribadi ataupun mengejar podium bagi acara larian. Dua pelari adidas Runners Kuala Lumpur (ARKL) meletakkan Ultraboost Light di podium sebagai simbolik permulaan acara. Untuk membawa pelari merasai pengalaman yang lebih baik, Ultraboost Light didatangkan dengan teknologi yang diperbaharui seperti L.E.P (Linear Energy Push) terkini bagi memberikan tahap respon lebih optimum, PRIMEKNIT+ upper yang lebih selesa dan ruang bernafas serta tapak Continental yang baharu. Bersempena meraikan ulang tahun ke-10 teknologi BOOST, adidas memperkenalkan versi edisi khas dengan warna hitam bersama perincian hitam dan kuning. Peserta larian berpeluang merasai sendiri teknologi Ultraboost Light. Ultraboost Light ini turut dilancarkan dalam warna putih, menampilkan perincian merah suria dan hitam teras berharga RM869. Ia boleh didapati di semua oulet adidas atau layari laman web rasmi jenama itu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube