suria

Stres kena cuci tahi kucing jiran? Buat sendiri semburan guna 2 bahan ini, si bulus pasti menjauh sebab tak suka baunya

Hanya dua bahan diperlukan untuk menghasilkan semburan najis kucing. Foto: TikTok Zuriaty Musa

CUBA bayangkan ketika anda membuka pintu dan tingkap rumah, tiba-tiba bau najis dan air kencing kucing menusuk hidung.

Nak bersantai-santai menghirup angin segar di luar rumah pun terbantut kerana sudah terhidu bau yang kurang menyenangkan itu.

Lebih stres, kucing yang meninggalkan 'bahan bukti' di sekitar rumah anda bukan kucing peliharaan sendiri sebaliknya si bulus milik jiran.

Sudahlah terpaksa menghadap bau busuk, kena bersihkan pula najis kucing jiran tanpa rasa ikhlas hati.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan gelabah, ada 5 cara selesaikan sendiri si bulus yang cirit-birit

Mahu bising lebih-lebih, bimbang bermasam muka pula hanya kerana najis kucing.

Usah pening kepala. Apa kata cuba cara yang dikongsikan Zuriaty Musa menerusi akaun TikTok untuk mengelak kucing daripada 'membuang' di sekitar rumah.

kucing 2

'Aroma' najis kucing yang kuat sememangnya boleh mempengaruhi mood seseorang. Gambar hiasan

Berikut adalah cara membuat 'ramuan' seperti mana perkongsiannya:

1. Dua labu bawang putih

2. Tiga hingga empat batang serai

3. Potong dan kemudian kisar dua bahan ini hingga hancur

4. Campur dengan air dan tapis.

5. Ambil air yang ditapis masukkan dalam botol penyembur

6. Sembur di tempat kucing selalu kencing dan membuang najis.

Aroma bau bawang putih dan serai ini akan membuatkan kucing menjauhi kawasan yang disembur.

Anda disarankan menyembur di kawasan sekitar rumah dua minggu sekali jika musim hujan. Sekiranya musim panas atau kemarau, cukup sekadar sebulan sekali. Selamat mencuba!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain