KEHADIRAN serangga yang satu ini sememangnya menjengkelkan. Mendengar bunyinya saja sudah cukup menyakitkan hati. Kehadiran lalat bukan sahaja mengganggu suasana tetapi dikhuatiri membawa penyakit kerana sentiasa menghinggapi tempat yang kotor seperti sampah-sarap. Pastinya berisiko sekiranya lalat ini menghinggapi makanan yang kita makan pula. Kebiasaannya, lalat akan hadir jika bau daripada bahan mentah seperti ikan dan udang, termasuk sisa makanan yang tidak dibuang sempurna. Meskipun pelbagai cara sudah digunakan seperti menggunakan tong sampah bertutup, meletakkan perangkap lalat dan memasang lilin, tetapi lalat tetap bermaharajalela. ARTIKEL BERKAITAN: 5 cara ini buat cicak ‘benci’ rumah anda! Salah satunya buat sendiri semburan, cuma guna 3 bahan mudah dan murah Tentunya malu kalau tetamu nampak lalat di rumah kita, lebih-lebih lagi sekarang musim orang datang beraya. Jangan bimbang, cuba kaedah yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok, J Deleon. Gula perang dan madu adalah antara dua bahan utama dalam menghasilkan larutan perangkap lalat. Mudah saja, hanya perlukan empat bahan utama. Jom ikuti perkongsiannya. Bahan-bahan yang diperlukan: 1. Botol plastik kosong 2. 1/3 cawan gula perang 3. Satu sudu madu 4. Secawan air Cara-caranya: 1. Potong bahagian atas botol plastik, tapi jangan buang bahagian yang dipotong 2. Masukkan gula perang dan madu ke dalam botol plastik 3. Masukkan air lalu kacau sehingga sebati 4. Letakkan bahagian atas yang dipotong tadi dalam posisi terbalik di atas botol yang mengandungi bancuhan 5. Letakkan botol bancuhan pada ruang kediaman yang terdapat banyak lalat 6. Lalat akan tertarik dengan bau manis gula perang serta madu dan akan mengerumuni botol bancuhan tadi 7. Hasilnya, lalat akan terperangkap di dalam botol Mudah sangat, kan? Apabila lalat dah tak ada, nak memasak pun senang! Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube