suria

Jaga-jaga si darah manis... Penyondol bakal muncul dalam fasa bertunang! Ambil tahu 5 dugaan sebelum nikah

Setiap pasangan yang bertunang akan melalui dugaan atau ujian. Gambar hiasan

"JAGA-JAGA, kamu tu berdarah manis..."

Sering kali kita mendengar ungkapan seperti ini terhadap pasangan yang berada dalam fasa pertunangan.

Fasa pertunangan adalah tempoh di mana pasangan akan berkenalan dengan lebih mendalam sebelum diijabkabulkan.

Pada peringkat inilah, bakal pengantin akan membuat persediaan daripada segi fizikal, mental, kewangan dan belajar erti tanggungjawab apabila bergelar suami isteri kelak.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan bingung, pasangan lebih tua atau muda bukan penghalang bahagia... ikut saja 4 tip ini pasti kukuh hubungan!

Maka tidak hairanlah, ia adalah fasa genting di mana pasangan akan berdepan dengan ujian.

Disebabkan itu, pasangan yang sedang dalam alam pertunangan tidak digalakkan untuk 'mengikat' terlalu lama dibimbangi mengundang lebih banyak ujian.

Tidak keterlaluan dikatakan, semua pasangan yang bertunang pernah merasai cabaran dan dugaan semasa berada di fasa ini namun semuanya bergantung kepada cara ia ditangani.

tunang 1

Ujian hadir dalam pelbagai bentuk sebelum pasangan bergelar suami isteri. Gambar hiasan.

Sebagai panduan untuk bakal pengantin, ikuti perkongsian yang dibuat oleh Hafi Zah di ruangan 'group' Facebook Tip Persiapan Perkahwinan mengenai dugaan yang dihadapi oleh pasangan yang bertunang agar anda dapat membuat persediaan sebelum memasuki alam rumah tangga.

Bak kata pepatah, yang buruk jadikan tauladan dan yang baik ambil sebagai pedoman.

1. Masalah kewangan

Waktu ini adalah tempoh di mana pasangan akan bekerja keras sebagai persediaan untuk mengadakan majlis dan persiapan apabila memulakan hidup baharu.

Semestinya akan timbul perbalahan mengenai perkara ini, tetapi berbincanglah dengan baik dan bukan beremosi.

2. Kehadiran orang ketiga

Boleh jadi orang ketiga ini adalah bekas kekasih ataupun penyondol. Memang wujud golongan seperti ini yang tidak boleh melihat kebahagiaan orang lain.

Tapi jika hati setia pada yang satu, pasti dugaan ini dapat ditangani.

tunang 2

Hanya kesetiaan dan kejujuran dapat menangkis gangguan orang ketiga dalam perhubungan. -Gambar hiasan

3. Tekanan keluarga

Ada pasangan yang berdepan dengan masalah kurang 'sebulu' dengan keluarga bakal pasangannya.

Waktu inilah sikap sabar memainkan peranan yang penting. Pandai-pandailah ambil hati bakal keluarga mentua.

Bak kata orang tua, kalau nak kahwin dengan anaknya, kena berkahwin dengan keluarganya juga.

4. Hati berbolak balik

Ini memang lazim terjadi ketika fasa pertunangan. Bercinta bertahun-tahun pun, namun bila hati mula dilanda perasaan ragu-ragu, boleh berantakan jadinya.

Apa yang perlu dilakukan, banyakkan berbincang dan mohonlah doa kepada Allah agar dipermudahkan urusan kalian.

5. Persiapan perkahwinan

Makin dekat dengan tarikh majlis, makin banyak tekanan yang dirasakan. Mana tidaknya, semua persiapan perlu dipantau dan dilaksanakan mengikut rancangan.

Lebih stres jika bakal pengantin banyak melakukan seorang diri. Mintalah bantuan keluarga atau rakan terdekat.

Selain itu, berilah kerjasama kepada pasangan masing-masing untuk mengelakkan masalah. Iya mungkin ada kalanya tak sependapat tapi semua boleh diselesaikan dengan perbincangan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain