suria

Tak perlu upah orang, lebih baik DIY tinted rumah sendiri... Modal tak sampai RM300

Hanya lapan langkah mudah untuk memasang sendiri tinted pada sliding door. Foto: FB Zulfikri Zainol

SELAIN langsir, salah satu kaedah untuk menghalang sinaran matahari adalah dengan memasang tinted pada sliding door atau tingkap.

Memang sesuailah lagi-lagi dengan keadaan cuaca panas yang sedang melanda negara ketika ini.

Apa yang seronok, bukan sahaja dapat menghalang cahaya matahari daripada menembusi rumah, malah salah satu kebaikan memasang tinted adalah dapat menjaga privacy serta melindungi aurat penghuni kediaman.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru beli kereta? Elak buat tiga kesilapan ini ketika pasang ‘tinted’ cermin

Tidaklah kalut nak mencari tudung atau menutup langsir kalau tiba-tiba ada orang yang lalu-lalang di luar rumah.

Tak perlu upah orang pun, pasang sendiri saja. Memang sangat menjimatkan!

tinted 2

Keadaan sliding door yang sudah dipasang tinted.

Bagi anda yang berkira-kira mahu memasang tinted, ikuti panduan yang dikongsikan oleh Zulfikri Zainol:

1. Beli sticker tinted berukuran 5ft x 50ft daripada platform online. Murah saja, kos sekitar RM210. Jika mengupah orang, kos lebih kurang RM1,000. Boleh jimat sekitar RM800!

2. Sebelum memasang tinted, pastikan cermin sliding door atau cermin tingkap dicuci bersih. Pastikan tiada benda asing yang melekat pada cermin.

3. Sembur sabun tinted pada cermin. Lazimnya, sabun diberi bersama set tinted yang dibeli.

4. Ukur dan potong sticker tinted mengikut saiz cermin.

5. Buka lapisan nipis tinted, spray sabun tinted pada permukaan sticker yang mahu dilekatkan.

6. Lekatkan sticker pada cermin mengikut saiz yang sudah diukur.

7. Ratakan permukaan sticker yang dilekatkan pada cermin menggunakan scraper yang turut diberi bersama set tinted.

8. Potong lebihan kertas sticker tinted. Ulang proses yang sama pada bahagian yang ingin dipasangkan tinted.

Hasilnya, bahagian dalam rumah sudah tidak kelihatan dari luar kerana sliding door serta tingkap dilapisi sticker tinted, sebaliknya ia kelihatan seperti sebuah cermin besar.

Mudah bukan? Selamat mencuba!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain