MESKIPUN sudah lebih seminggu 1 Syawal berlalu, namun kemeriahannya masih lagi terasa. Sudah menjadi tradisi masyarakat di Malaysia meraikan hari raya selama sebulan dan memanfaatkan bulan Syawal dengan menghadiri rumah terbuka serta menziarah sanak saudara. Selain bertanya khabar, menjamu selera sambil bertukar cerita, aktiviti wajib setiap kali beraya semestinya merakamkan foto sebagai kenang-kenangan. ARTIKEL BERKAITAN: Introvert nak beraya? Cuba lakukan 4 tip ini jika ke majlis rumah terbuka, pasti lancar! Bagi yang 'mesra' kamera sudah tentu tidak mempunyai masalah untuk memberikan 'pose' terbaik. Namun tidak bagi mereka yang dikategorikan sebagai 'camera shy' atau 'kayu' sehingga gambar yang dirakam tidak memberikan hasil yang memuaskan. Seperti memahami dilema yang melanda setiap kali raya, seorang TikToker yang juga seorang jurugambar, Nasion Patriotik tampil berkongsi tip dan idea untuk bergambar sekali gus menghasilkan foto yang cantik dan estetik. 1. Untuk merakamkan foto berlima, anda boleh cuba gaya huruf X, huruf M dan huruf V. 2. Untuk merakamkan foto berempat, anda boleh cuba gaya huruf Y, huruf C dan gaya berpelukan. 3. Untuk merakamkan foto berenam, boleh cuba dengan gaya dua orang duduk manakala empat yang lain berdiri, gaya dua segitiga dan gaya pergunungan. 4. Untuk merakamkan foto bertujuh, boleh cuba pose gaya pergunungan, setengah bulatan dan segitiga. 5. Untuk merakamkan foto ibu bapa bersama anak kecil, anda boleh cuba gaya duduk bersila dan gaya bentuk trapezium. Masih belum terlambat jika anda mahu mempraktikkan gaya bergambar seperti yang dikongsikan TikToker ini. Yang pasti, hasilnya pasti membuatkan album Instagram anda meletup dan luar biasa. Selamat mencuba! Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube