KEHADIRAN anai-anai boleh merosakkan kediaman, khususnya pada struktur yang dibina menggunakan kayu. Malah, ramai pemilik rumah pening kepala kerana dinding-dinding kayu semakin berlubang ekoran kehadiran haiwan itu. Bukan itu sahaja, seorang individu di Facebook turut berkongsi rasa sedih apabila wang hantaran yang disimpan di rumahnya musnah dimakan anai-anai. Bagi yang masih mencari-cari penyelesaian kepada masalah ini, seorang individu dikenali sebagai Ana Mahabu ada berkongsi kaedah alternatif untuk membunuh anai-anai tanpa menggunakan bahan kimia. 1. Garam Taburkan garam di sarang anai-anai, tetapi cara ini kurang efektif dan kurang berkesan kerana garam hanya berada di permukaan saja. Kehadiran anai-anai boleh merosakkan struktur kayu sesebuah kediaman. Supaya lebih berkesan, campur garam dengan air dan tembakau. Biarkan semalaman dan sembur di tempat-tempat yang berpotensi ada anai-anai. 2. Air Kapur sireh Sifat panas kapur tidak disukai anai-anai kerana ia memiliki kulit tipis dan lembut. Oleh itu, air kapur sirih ini sangat-sangat efektif untuk membasmi rayap. Caranya sangat mudah, siramkan air kapur sireh pada kayu yang diserang atau terus siram ke sarangnya. ARTIKEL BERKAITAN: Setahun anai-anai makan tongkat Nabi Sulaiman, baharulah semua makhluk sedar baginda wafat 3. Air Cucian Beras Anda boleh manfaatkan air pertama daripada basuhan beras untuk mengusir anai-anai. Siramkan sahaja ke sekeliling sarang rayap. 4. Minyak Tanah Caranya cukup mudah, semburkan minyak tanah pada kayu yang telah di serang anai-anai atau semburkan di sarang-sarang anai-anai. Pemilik rumah tentunya pening kepala kehadiran anai-anai membawa pelbagai masalah buat mereka. Bagi memastikan ia lebih berkesan, tambahkan minyak serai dengan campuran minyak tanah. 5. Tembakau Tembakau bermanfaat untuk membunuh tungau yang biasanya menyerang anak kecil jika bermain di kawasan rumput. Tembakau juga berkesan terhadap anai-anai. Untuk lebih efektif, anda boleh mencampurkan tembakau dan air lalu dibiarkan satu malam untuk memperoleh larutan tembakau. Semburkan air campuran itu pada kayu yang diserang atau ke sarang anai-anai. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube