suria

Tak sangka senang sangat buat ‘wet food’ kucing, seronok si bulus dapat makan sedap... Paling penting kos tak sampai RM20

Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan makanan kucing.

KOS membela kucing boleh mencecah ratusan hingga ribuan ringgit setiap bulan mengikut jumlah si bulus.

Bagi Lina Rahman, dia memilih untuk menghasilkan sendiri makanan untuk si bulus, sekali gus dapat menjimatkan perbelanjaannya.

Menurut wanita itu, wet food yang dihasilkannya memakan belanja kurang RM20 dan hanya menggunakan beberapa bahan mudah sahaja.

Berikut merupakan bahan-bahan yang diperlukan:

1. Ikan tongkol, tuna atau ayam

2. Lobak merah

3. Agar-agar (jenis serbuk atau bertali)

4. Vitamin kucing

cat2

Masukkan agar-agar dan vitamin kucing dalam adunan itu.

Cara-cara:

1. Bersihkan ikan/ayam, kemudian rebus dalam periuk sehingga masak.

2. Asingkan isi ikan/ayam daripada tulang. Jika menggunakan ikan yang lebih kecil, boleh sahaja kisarkan ia bersama tulang, kemudian tapis.

3. Kemudian, kisarkan juga isi ikan/ayam tadi bersama lobak merah menggunakan air rebusan.

4. Tuangkan adunan yang hancur ke dalam periuk yang berisi lebihan air rebusan. Hidupkan api dan masak seketika.

5. Kemudian, masukkan pula separuh paket agar-agar, separuh lagi boleh disimpan untuk minggu seterusnya. (1/2 agar-agar untuk 1 kilogram ikan/ayam)

6. Masak adunan ikan/ayam tadi bersama agar-agar dan air rebusan.

7. Tuang kesemua adunan itu ke dalam bekas. Tunggu sehingga ia suam.

8. Sekadar opsyen, anda juga boleh letakkan sedikit vitamin kucing. Sebaiknya sukat 0.5 mililiter (ml).

Tak susah kan? Jadi apa tunggu lagi, jom cuba buat makanan kucing sendiri di rumah!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain