suria

Misi pemuda mahu cuci kerak hitam pada kuali berjaya, cuma guna 3 bahan terus bersinar macam baharu!

Hafiz guna tiga bahan untuk menanggalkan kerak hitam pada bahagian bawah kuali.

KUALI yang kerap digunakan biasanya akan bertukar menjadi warna hitam di bahagian bawahnya.

Semakin lama dibiarkan, ia akan membentuk kerak tebal yang sukar untuk ditanggalkan dengan cucian biasa.

Seorang pemuda dikenali sebagai Hafiz Misron berkongsi teknik 'double boil' yang digunakannya untuk membersihkan kuali yang hitam terutama di bahagian bontot.

Jelasnya, dia hanya menggunakan tiga bahan sahaja iaitu baking soda, sabun dan berus kuali.

kuali2

Kuali hitam direbus dalam sebuah kuali bersaiz lebih besar.

Cara-cara

1. Mesti ada kuali yang lebih besar. Letak air penuh untuk tenggelamkan kuali yang hendak direbus di dalam kuali besar itu.

2. Letak empat sudu besar baking soda (Boleh jika mahu letak lebih).

3. Ada juga yang memberi cadangan supaya diletakkan asam keping atau lemon, mungkin kerana kandungan asid yang dikatakan mempunyai sifat menghakis.

4. Tunggu air dalam kuali besar mendidih, kemudian baru letak kuali yang hitam itu.

5. Kemudian, rebus kuali hitam itu selama 30 minit atau 40 minit.

6. Selepas mendidih, matikan api dan biarkan ia sejuk selama dua jam.

kuali3

Kuali yang hitam kembali bersinar selepas dibersihkan.

7. Selepas ia sejuk, sental dengan berus kuali dan sabun mandi. Jika tiada sabun mandi, boleh juga guna sabun cuci pinggan.

9. Anda akan melihat kerak-kerak mula tanggal selepas ia diberus.

Namun harus diingat, kaedah 'double boil' ini mungkin tidak berupaya untuk menghilangkan terus kesemua kerak itu.

Sebaliknya, proses ini perlu dilakukan berulang kali untuk menanggalkannya secara keseluruhan.

Jika kerak hitam bawah kuali terlalu tebal, anda juga boleh menghakisnya menggunakan pisau.

Yang penting, anda perlu berhati-hati dan seeloknya memakai sarung tangan ketika melakukan proses ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain