REBUS telur senang je, tapi nak kupas kulit dengan cantik memang susah. Begitulah dilema yang sering kita hadapi setiap kali menyediakan juadah yang melibatkan telur rebus. Di Facebook, seorang wanita dikenali sebagai Mariana Zainal berkongsi enam langkah untuk mengupas kulit telur dengan mudah dan sempurna. 1. Bersihkan telur menggunakan air seperti biasa untuk menghilangkan kotoran seperti kesan tahi ayam dan sebagainya. 2. Masukkan air di dalam periuk sehingga ia melitupi keseluruhan telur. Kulit telur mudah dikupas sekiranya ia direbus dengan betul. 3. Rebus selama 15 minit atau lebih. Jangan kurang dari 15 minit, sekiranya rebus dalam kuantiti banyak untuk jamuan atau kenduri, letakkan sedikit garam dan minyak. 4. Buang air rebusan telur. 5 Siramkan air paip pada telur yang baru direbus sehingga kulit telur bertukar sejuk. Nak gunakan ketulan ais pun boleh. 6. Kopek kulit telur di bawah pancuran air paip secara perlahan. Dengan cara ini, kulit telur yang direbus akan lebih mudah ditanggalkan dan tidak akan mencacatkan bahagian dalam telur. Telur rebus yang siap dikupas sedia untuk dihidangkan dalam menu seperti nasi lemak, mi kari dan macam-macam lagi. Selamat mencuba! Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube